DIPLOMA MEDIA DIGITAL (VIDEO & PENGAJIAN FILEM)

Telah direkabentuk untuk melahirkan graduan yang berkemahiran kreatif dan praktikal dalam bidang penerbitan video bagi pelbagai industri seperti hiburan, multimedia dan informasi. Kursus ini memfokus kepada penggunaan teknologi audio dan video, disamping menekankan asas teori dan bahasa perfileman. Kajian tentang epik/lagenda dan warisan budaya tempatan dititikberatkan untuk dijadikan inspirasi dalam penghasilan karya pelajar. Modul teras yang berasaskan teori reka bentuk serta pemikiran kreatif dan analitikal menawarkan asas yang kukuh bagi pengajian filem dan sinematografi. Modul pengkhususan membolehkan pelajar meneroka, mempraktik dan menguasai kemahiran teknikal dalam media digital bagi penerbitan audio dan video. Modul elektif pula menawarkan pelbagai skoptambahan dalam bidang seni dan reka bentuk yang dapat memberikan nilai tambahan dari segi pengetahuan kreativiti dan pengamatan pelajar mengenai ciri-ciri dan nilai seni dan reka bentuk. Projek Media Video memberikan peluang kepada pelajar untuk memantapkan kemahiran mereka dalam skop-skop yang spesifik. Pilihan pengkhususan termasuklah penerbitan video cerita pendek/ dokumentari/ video muzik, suntingan dan \pengkompositan audio-video atau penerbitan video eksperimentasi yang mengaplikasikan sebarang kombinasi kandungan dan multimedia. Hasil karya projek dan portfolio pelajar akan dipersembahkan dan dinilai semasa “VISCOM Showcase”pada penghujung semester.

DIPLOMA MEDIA DIGITAL (SENI DIGITAL)

Telah direkabentuk untuk melahirkan graduan yang berkemahiran kreatif dan praktikal dalam bidang seni digital bagi industri multimedia dan hiburan. Kursus ini memfokus kepada asas seni dan penggunaan teknologi digital dan multimedia yang terkini. Kajian tentang epik/lagenda dan warisan budaya tempatan dititikberatkan untuk dijadikan inspirasi dalam penghasilan karya pelajar. Modul teras yang berasaskan teori reka bentuk serta pemikiran kreatif dan analitikal menawarkan asas yang kukuh bagi bidang seni digital. Modul pengkhususan membolehkan pelajar menerokai, mempraktik dan menguasai kemahiran teknikal dalam pengolahan digital. Modul elektif pula menawarkan pelbagai skop tambahan dalam bidang seni dan reka bentuk yang memberi nilai tambahan dari segi pengetahuan, kreatif, dan pengamatan pelajar mengenai ciri-ciri dan nilai seni dan reka bentuk. Projek Seni Digital memberi peluang kepada pelajar untuk memantapkan kemahiran mereka dalam skop-skop yang spesifik. Pilihan pengkhususan termasuklah animasi 2D, animasi 3D, kesan khas digital, multimedia, web interaktif, atau karya eksperimentasi seni digital yang merupakan kombinasi yang tersebut diatas. Hasil karya projek dan portfolio pelajar akan dinilai semasa “VISCOM Showcase” pada penghujung semester.