Selamat datang para graduan ke laman web rasmi Majlis Konvokesyen Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin Ke-11 Tahun 2017.

Untuk makluman, PTSS akan mengadakan Majlis Konvokesyen ke-11 Tahun 2017 pada 18-19 Julai 2017 bertempat di Dewan Harumanis PTSS. Graduan yang terlibat pada majlis konvokesyen kali ini adalah graduan yang telah menamatkan pengajian dengan jayanya dalam Sesi Disember 2015, Sesi Jun 2016 dan Semester Pendek 2016 (sila semak Senarai Graduan).

Graduan juga dinasihatkan untuk meneliti dan memahami kesemua panduan dan peraturan Majlis Konvokesyen ke-11 Tahun 2017 seperti yang disediakan di dalam laman web ini bagi memastikan kelancaran majlis konvokesyen anda.

Tahniah di atas kejayaan anda menamatkan pengajian di PTSS!!!

 


PINDAAN TARIKH SIDANG 1 - MAJLIS KONVOKESYEN KE-11
POLITEKNIK TUANKU SYED SIRAJUDDIN, PERLIS

Dimaklumkan bahawa tarikh Majlis Konvokesyen ke-11 PTSS bagi Sidang 1 yang dijadualkan pada 18 Julai 2017 terpaksa dipinda kepada tarikh 20 Julai 2017 (Khamis). Pindaan ini terpaksa dilakukan atas Titah DYMM Tuanku Raja Perlis kerana sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan oleh pihak Istana Arau, Perlis. Bagaimanapun majlis untuk sidang 2 dan 3 kekal sebagaimana dimaklumkan sebelum ini.

Sehubungan dengan itu, perubahan tarikh ini juga akan melibatkan perubahan tarikh pengambilan jubah dan raptai untuk graduan sidang 1. Perubahan tersebut adalah seperti berikut:

Tarikh Perkara Masa
18 Julai 2017
(Selasa)
 Pengambilan Jubah - Jabatan Akademik 8.15 pg - 11.30 tgh
 Pendaftaran Raptai di DKU 2.00 ptg
 Raptai Sidang 1, 2 dan 3 di DHM 2.30 ptg
20 Julai 2017
(Rabu)
 Pendaftaran Graduan di DKU 8.00 pg
 Perarakan Masuk Graduan ke DHM 8.45 pg
 Majlis Konvokesyen Sidang 1 9.30 pg - 12.00 tgh

* DKU - Dewan Kuliah Utama, DHM - Dewan Harumanis

Diharap para graduan yang terlibat dapat mengambil tindakan sewajarnya dengan pindaan tarikh baru ini. Pihak jawatankuasa Konvokesyen PTSS ke-11 memohon maaf di atas sebarang kesulitan yang dialami. Sebarang pertanyaan, sila hubungi 04-9886200 ext. 6202, 6206, 6207, 1040.

 


Penjelasan Yuran Majlis Konvokesyen dan Bayaran Plak Konvokesyen

A) YURAN MAJLIS KONVOKESYEN

Untuk makluman para graduan, yuran untuk menghadiri majlis konvokesyen yang telah ditetapkan oleh Jawatankuasa Majlis Konvokesyen PTSS Ke-11 adalah sebanyak RM190. Bagi graduan yang tidak hadir pula hanya perlu membayar RM30.

Sukacita pihak kami ingin memaklumkan, semua graduan yang hadir akan diberi cenderamata khas dari Jawatankuasa Majlis Konvokesyen PTSS Ke-11. Cenderamata khas ini sudah termasuk dalam yuran menghadiri majlis konvokesyen anda.

Oleh itu, tiada bayaran lain yang wajib dibayar oleh graduan untuk menghadiri majlis konvokesyen kali ini.

 

B) PLAK KONVOKESYEN

Plak Konvokesyen merupakan produk cenderamata yang dikeluarkan oleh pihak Koperasi Politenik Tuanku Syed Sirajuddin. Graduan TIDAK DIWAJIBKAN membeli atau membuat tempahan bagi plak konvokesyen ini. Bagaimanapun jika graduan berminat, tempahan dan bayaran perlu dibuat secara berasingan kepada pihak koperasi menggunakan borang yang disediakan.