Syarat Pertandingan
- Setiap peserta WAJIB berumur 18 tahun dan ke atas pada 01 April 2018.
- Pemakaian para peserta untuk aktiviti-aktiviti semasa program adalah:
- Soft Opening / CSR: Separuh seragam dan T-Shirt Kuning RELA
- Jalan Lasak: Pakaian Sukan dan T-Shirt Kuning RELA / T-Shirt Kontinjen Politeknik
- Pertandingan Kawad: Pakaian Operasi Digital Penuh
- Pertandingan Menembak: Pakaian Operasi Digital Penuh
- Pertandingan Paintball: Separuh seragam dan T-Shirt Kuning RELA / T-Shirt Kontigen Politeknik
- Malam Kebudayaan: Berpakaian kemas dan sopan
- Majlis Perasmian Penutup: Pakaian Operasi Digital Penuh
- Setiap Platun Kawad terdiri daripada 22 anggota RELASIS Politeknik dan 1 anggota simpanan.
- Pegawai pengiring terdiri daripada:
- 1 Pegawai RELASIS
- 1 Pegawai Penyelaras RELASIS
- 1 Jurulatih Politeknik masing-masing (bergantung kepada kelulusan Pengarah institusi masing-masing)
- Keselamatan dan kesihatan peserta semasa program adalah di bawah tanggungjawab pegawai pengiring Politeknik masing-masing.
- Sila sertakan salinan Kad Pelajar dan Kad Anggota RELA yang telah disahkan oleh Komander, Timbalan Komander atau Pegawai Adjutan Politeknik masing-masing.
- Pecahan anggota adalah 15 lelaki (maksimum) dan selebihnya perempuan (tidak melebihi 23 anggota per pasukan).
- Daripada 23 anggota berkenaan:
- 22 anggota akan mewakili Politeknik masing-masing dalam semua aktiviti yang dijalankan kecuali Acara Menembak dan Paintball
- 1 anggota simpanan
Info Utama
Info Pertandingan
Galeri Gambar
Galeri Video