banner-ptss.jpg
banner-jke-etac.jpg
http://www.ptss.edu.my/v9/images/banners/banner-jke-etac.jpg
banner-aidilfitri.png
http://www.ptss.edu.my/v9/images/banners/banner-aidilfitri.png
banner-kpi-polycc-2.jpg
http://www.ptss.edu.my/v9/images/banners/banner-kpi-polycc-2.jpg
banner-plastic-reset-day.jpg
http://www.ptss.edu.my/v9/images/banners/banner-plastic-reset-day.jpg
banner-amalan-eksa.jpg
http://www.ptss.edu.my/v9/images/banners/banner-amalan-eksa.jpg
banner-smartgreen.jpg
http://www.ptss.edu.my/v9/images/banners/banner-smartgreen.jpg
banner-maklum-balas.png
http://www.ptss.edu.my/v9/images/banners/banner-maklum-balas.png
29 - 30 April 2025
Innovation, Project Presentation & Exhibition (iProPEx) 2025
Dewan Harumanis PTSS
SEMARAK RAMADHAN 1438 HIJRAH
Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin, Perlis (PTSS) telah mengadakan Semarak Ramadan 1438 Hijrah bertempat di Pusat Islam Luqman Al Hakim, PTSS pada 19 Jun 2017 pada jam 6.30 petang hingga 8.00 malam. Majlis ini dianjurkan oleh Jabatan Hal Ehwal Pelajar dan Pusat Islam Luqman Al-Hakim, PTSS.
Pengisian program ini ialah penyampaian zakat kepada 45 orang pelajar PTSS dari keluarga yang kurang berkemampuan. Sumbangan ini diberikan oleh Bank Islam Malaysia Berhad, penyerahan barang-barang dapur kepada 31 keluarga yang kurang berkemampuan di sekitar kawasan Ulu Pauh di mana sumbangannya daripada derma pegawai dan kakitangan PTSS sendiri dan juga Majlis Berbuka Puasa Bersama Pegawai dan Kakitangan dan juga pelajar PTSS sendiri.
Menurut Setiausaha, Pusat Islam Luqman Al Hakim, PTSS, Nadzri Che Kamis, "Bantuan yang diberikan ini ialah bagi membantu pelajar PTSS yang kurang berkemampuan dalam meneruskan pelajaran di politeknik di samping meringankan beban kewangan yang terpaksa ditanggung mereka dalam menyambut hari lembaran yang akan tiba nanti". Menurut beliau lagi, "Sumbangan ini bukan sahaja untuk pelajar malah warga PTSS sendiri turut menyumbang membantu masyarakat setempat yang memerlukan bantuan untuk persediaan menyambut Hari Raya Aidilfitri yang akan menjelang tiba tak lama lagi".
Pengarah PTSS, Dr Mohd Zahari Ismail pula berkata, "Saya merakamkan ucapan terima kasih kepada Bank Islam Malaysia Berhad kerana memberikan sumbangan wang bantuan ini dalam membantu pelajar PTSS yang kurang berkemampuan. InsyaAllah kita akan membantu setakat yang terdaya untuk meringankan bebanan mereka. Dengan adanya program bantuan seperti ini diharapkan ia akan dapat membantu meringankan bebanan kewangan yang dihadapi oleh pelajar dan masyarakat setempat sempena hari lembaran yang akan tiba tak lama lagi". Beliau juga berharap aktiviti seperti ini akan diteruskan dan pihak politeknik akan bekerjasama untuk mencari pelajar-pelajar lain yang layak untuk diberikan bantuan seperti ini dan juga kepada masyarakat setempat.
Penyerahan bantuan tersebut dilakukan di Pusat Islam Luqman Al Hakim, PTSS oleh Dr Hj Mohd Zahari Ismail sendiri.
E-mel Rasmi Kakitangan (MyGovUC 3.0)
Sistem Aduan Kerosakan (UPP2U)
Sistem Koleksi Maklumat (KOLAM)
Sistem Pengurusan Maklumat Politeknik (SPMP)
Sistem Pemantauan Operasi Tugas (SPOT-Me)
Sistem Pengurusan Maklumat Sumber Manusia (HRMIS 2.0)
Sistem e-Penyata Gaji dan Laporan (eSPGL)
Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin (PTSS) adalah tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan mana-mana maklumat dari laman sesawang ini.
Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin
Pauh Putra, 02600 Arau, Perlis
Telefon : 604 988 6200
Faks : 604 988 6300
E-mel : info[at]ptss.edu.my