Halal Executive Programme

LATAR BELAKANG

Potensi Industri Halal dilihat semakin meningkat dan merupakan industri yang amat penting dan relevan bagi Malaysia dan rantau sekitarnya termasuk negara-negara ASEAN. Hal ini kerana Industri Halal telah menjadi sumber baru kepesatan pertumbuhan ekonomi yang mempunyai nilai pasaran yang dianggarkan sebanyak 2.3 trillion-dolar setiap tahun. Pertumbuhan pesat Industri Halal Global ini telah menjadikan Malaysia salah satu peneraju Industri Halal yang diiktiraf di peringkat antarabangsa.

Dalam mendokong perkembangan pesat Industri Halal Global ini, Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin (PTSS) telah dilantik oleh Jabatan Kemajuan Agama Islam Malaysia (JAKIM) sebagai Penyedia Latihan Halal (PLH) yang telah berdaftar di bawah Majlis Profesional Halal Malaysia (HPB) pada 15 Januari 2018. Justeru, dengan pelantikan ini telah melayakkan PTSS untuk menganjurkan program berkaitan halal terutamanya Halal Executive Program (HEP) di dalam menyediakan golongan pekerja mahir dalam bidang halal yang sah.

Program ini memenuhi semua khalayak sasaran, mulai dari orang awam kepada orang dalam industri, baik orang Islam dan bukan Islam - pada dasarnya ia terbuka kepada sesiapa yang berminat untuk mempelajari lebih lanjut mengenai Halal. Sasaran utama bagi program ini juga adalah kepada pihak industri yang berminat untuk melantik Halal Eksekutif di kalangan pekerja mereka atau orang perseorangan yang hendak memajukan diri dengan memperolehi Sijil Profesional Eksekutif Halal yang sah. Hal ini bertepatan dengan syarat yang termaktub dalam Manual Prosedur Pensijilan Eksekutif Halal Malaysia (Semakan Ke-3) 2014 di mana melantik Eksekutif Halal yang berkelayakan merupakan salah satu syarat wajib kepada industri seperti mana yang ditentukan oleh JAKIM. Di samping itu, PTSS telah memulakan program HE untuk pelajar PTSS dan pada masa ini, 25 graduan Diploma dalam Perkhidmatan Makanan Amalan Halal akan tamat pada akhir tahun ini, yang mempunyai dua pensijilan; Diploma Perkhidmatan Makanan Amalan Halal dan Sijil Professional Eksekutif Halal.

Dalam memperkasakan Industri Halal, PTSS menubuhkan usaha sama dan perkongsian kepakaran dengan agensi luar terutamanya DagangHalal Sdn. Bhd (DHSB) untuk memperluaskan pasaran peserta dan mengukuhkan pembangunan kursus Halal di PTSS. Program ini direka untuk memberi manfaat kepada PTSS dan DHSB untuk menyumbang kepada masyarakat. Program Halal Executive (HE) yang dianjurkan selama tiga (3) sesi dalam tempoh 2 tahun dari tarikh kerjasama ditandatangani. Selain itu, PTSS turut mewujudkan usahasama dengan Adhya Hotel Langkawi selaku penasihat industri bagi Program Diploma Perkhidmatan Makanan Amalan Halal. PTSS juga turut menyertai Kelab Sahabat Halal Malaysia (KESAH) bagi berkongsi maklumat terkini mengenai isu-isu semasa berkaitan dengan Industri Halal di Malaysia atau antarabangsa.

PTSS akan menyediakan kemudahan latihan di Pusat Latihan Pendidikan Pauh Inn seperti bilik seminar, peralatan dapur mengikut keperluan standard industri, bilik bertaraf hotel 3 bintang, bilik latihan penyembelihan, liputan akses tanpa wayar (Wi-Fi), kemudahan teknologi maklumat dan banyak lagi. Kadar yuran yang ditetapkan pada masa ini adalah antara yang terendah dengan pakej lengkap kira-kira kos sekitar RM3,200.00 sahaja. Pakej ini termasuk makanan, penginapan dan bahan bercetak. Di samping itu, industri ini layak untuk menuntut semula yuran di Dana Pembangunan Sumber Manusia (HRDF). Untuk pertanyaan lanjut mengenai kursus Halal yang ditawarkan di PTSS, sila layari laman web rasmi kami di http://www.ptss.edu.my atau melalui telefon di talian 04-9886200 sambungan ke Unit Latihan dan Pendidikan Lanjutan (ULPL), PTSS.

 

AKTIVITI-AKTIVITI PLH

Bengkel Pembangunan Penilaian Kursus Halal Executive, Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti Bil. 1/2018 pada 23-25 September 2018 bertempat di Crystal Crown Hotel, Petaling Jaya. Aktiviti-Aktiviti PLH  
Penawaran Kursus Halal Executive Kohort 1 kepada pelajar semester 5 bagi program Diploma Perkhidmatan Makanan Amalan Halal pada 21-30 November 2018 bertempat di Bilik Seminar Patawali, Pauh Inn, PTSS. Aktiviti-Aktiviti PLH Aktiviti-Aktiviti PLH
Kunjungan balas Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin ke Kumpulan DagangHalal Sdn Bhd pada 22 Oktober 2018 bagi membincangkan butiran kerjasama dalam Program Halal Executive. Aktiviti-Aktiviti PLH  
Pelancaran Program Eksekutif Halal, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) kerjasama antara Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin dan DagangHalal Sdn Bhd yang telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia Dato' Dr. Sirajuddin Bin Suhaimee, Pengarah Majlis Halal Malaysia, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) pada 30 Januari 2019 bertempat di Seri Selasih, Pauh Inn, PTSS. Aktiviti-Aktiviti PLH  
Program Bual Bicara Pagi Nine11 di Wisma BERNAMA pada 25 Febuari 2019 bagi membincangkan mengenai kejayaan Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin melakar sejarah menjadi peneraju Sijil Halal Eksekutif di utara Malaysia. Pautan Siaran Langsung:
https://www.facebook.com/BernamaNewsChannel/videos/376844322898409/
Pautan Akhbar:
http://beta.kampusuols.com/article/424280/U-In-News/UTARA/PTSS-diiktiraf-Jakim-lahirkan-Eksekutif-Halal

 

SENARAI TENAGA PENGAJAR HALAL

Seramai 6 tenaga pengajar dari Jabatan Pelancongan dan Hospitaliti (JPH) telah menghadiri Kursus Wajib Tenaga Pengajar Halal (KWTPH) dan mendapat pengiktirafan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) sebagai Tenaga Pengajar Halal. Berikut merupakan senarai tenaga pengajar yang terlibat:

Tenaga Pengajar Halal Tenaga Pengajar Halal Tenaga Pengajar Halal
Zaharizuan bin Azhar
No. Sijil: JAKIM.HPB/STPH:2018-023-001
B.Sc. (Hons) in Hotel Management, UiTM (2006)
Diploma in Hotel Management, UiTM (2002)
Rabiatul Adawiyah binti Ismail
No. Sijil: JAKIM.HPB/STPH:2018-023-005
B.Sc. (Hons) in Food Service Management, UiTM (2002)
Diploma in Education (2008)
Diploma in Chef Training, UiTM (1997)
Ahmad Firdaus bin Mohd Hanafiah
No. Sijil: JAKIM.HPB/STPH:2018-023-002
B.Sc. (Hons) in Hotel Management, UiTM (2006)
Tenaga Pengajar Halal Tenaga Pengajar Halal Tenaga Pengajar Halal
Mohd Azha bin Ismail
No. Sijil: JAKIM.HPB/STPH:2018-023-003
B.Sc. (Hons) in Food Service Management, UiTM (2002)
Diploma in Chef Training, UiTM (2000)
Anwar bin Abdul Rahman
No. Sijil: JAKIM.HPB/STPH:2018-023-004
Sarjana Undang-Undang Sumber Manusia, UUM (2018)
Bachelor (Hons) Legal Studies, UiTM (2009)
Suhaila binti Ishak
No. Sijil: JAKIM.HPB/STPH:2018-023-006
Master in Gastronomy, UiTM (2016)
B.Sc. (Hons) in Food Service Management, UiTM (2010)
Diploma in Culinary Arts, UiTM (2008)

 

SIJIL PENYEDIA LATIHAN HALAL

Sijil Penyedia Latihan Halal

 

INFO PROGRAM

Professional Certification In Halal Executive Programme   Professional Certification In Halal Executive Programme

 

JADUAL PROGRAM

Jadual Program

Pendaftaran Halal Executive Programme

PENAFIAN

Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin (PTSS) adalah tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan mana-mana maklumat dari laman sesawang ini.

Dasar Privasi  •  Dasar Keselamatan

HUBUNGI KAMI

Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin
Pauh Putra, 02600 Arau, Perlis

Telefon : 604 988 6200

Faks : 604 988 6300

E-mel : info[at]ptss.edu.my