KENYATAAN RASMI

Merujuk kepada kenyataan media dari Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) bertarikh 2 Oktober 2020 dalam usaha mengekang penularan wabak COVID-19 di Malaysia. Semua kemasukan pelajar ke Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin (PTSS) pada 3 dan 4 Oktober 2020 adalah DITANGGUHKAN sehingga tempoh yang akan dimaklumkan kemudian.

Sehubungan dengan itu, semua proses Pengajaran dan Pembelajaran akan dilaksanakan secara dalam talian mengikut jadual waktu yang telah ditetapkan. Bagi melancarkan proses Pengajaran dan Pembelajaran, pihak PTSS memberi ruang kepada pelajar untuk mengguna pakai kemudahan di PTSS termasuk pelajar dibenarkan kembali ke kamsis dan mematuhi peraturan kamsis yang ditetapkan.

Walau bagaimanapun, perkara ini adalah tertakluk kepada perubahan terkini yang akan dimaklumkan dari semasa ke semasa dalam portal dan media rasmi PTSS. Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan, sila hubungi Ketua Jabatan Akademik masing-masing dan Penasihat Akademik (PA) pelajar untuk keterangan yang lebih lanjut.

Pengarah
Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin
2 Oktober 2020

 

PENAFIAN

Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin (PTSS) adalah tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan mana-mana maklumat dari laman sesawang ini.

Dasar Privasi  •  Dasar Keselamatan

HUBUNGI KAMI

Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin
Pauh Putra, 02600 Arau, Perlis

Telefon : 604 988 6200

Faks : 604 988 6300

E-mel : info[at]ptss.edu.my