PENGUMUMAN

Mohon perhatian kepada semua pelajar semester 1 dan pelajar senior PTSS (semester 2 ke atas):

Hasil mesyuarat libat urus di antara pihak pengurusan bersama wakil pelajar (MPP dan JPKK), satu ketetapan baharu berkenaan dengan bilik pelajar telah dibuat dengan mengambil kira kesan-kesan dan langkah-langkah pencegahan Covid-19. Justeru, untuk pendaftaran kamsis kali ini, pelajar tiada lagi pilihan tempahan bilik seperti kebiasaan dan tempahan bilik yang telah berlaku sebelum ini secara automatiknya terbatal.

Pelajar-pelajar masih kekal dengan jadual pendaftaran seperti yang telah diberikan oleh pihak HEP sebelum ini tetapi pembahagian bilik akan diberikan secara manual mengikut blok yang telah ditetapkan oleh pihak kamsis mengikut kaedah “first come first serve” sehingga blok berkenaan telah penuh sebelum beralih ke blok yang seterusnya. Walau bagaimanapun, bagi pelajar yang ingin memilih rakan sebilik boleh mendaftar bersama sewaktu proses pendaftaran dilaksanakan.

Bagi pelajar semester 1 dan pelajar-pelajar yang tidak memohon kamsis dalam sistem SPMP serta mempunyai masalah permohonan sebelum ini dan ingin menghuni di kamsis, pelajar boleh terus mendaftar di kaunter pendaftaran di Pejabat Kamsis pada hari yang telah ditetapkan.

Segala kesulitan amat dikesali dan segala kerjasama baik para pelajar sekalian diucapkan jutaan terima kasih. Harap maklum.

Sukacita dimaklumkan bahawa permohonan asrama Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin (PTSS) untuk Sesi 1 2021/2022 akan dibuka bermula hari Ahad, 19 September 2021, jam 8.00 pagi.

Sehubungan dengan itu, para pelajar semester 2 dan ke atas yang terlibat dengan kemasukan ke kampus PTSS Sesi 1 2021/2022 dikehendaki mengisi permohonan tersebut dengan kadar segera.

Tarikh tutup permohonan asrama adalah pada hari Isnin, 27 September 2021, jam 8.00 pagi. Oleh yang demikian, sekali lagi diingatkan kepada para pelajar bahawa tempoh permohonan asrama PTSS adalah bermula 19 September 2021 sehingga 27 September 2021.

Info MUET

Info MUET

Sukacita dimaklumkan Unit Penyelidikan, Inovasi dan Pengkomersilan PTSS akan mengadakan 5th NATIONAL CONFERENCE ON RESEARCH AND INNOVATION 2019 seperti ketetapan berikut:

  • Tarikh      : 8 Oktober 2019 (Selasa)
  • Masa       : 8.00 pagi - 2.00 petang
  • Tempat   : Pauh Inn, PTSS

Sehubungan dengan itu, dijemput warga akademik mahupun penyelidik IPTA/IPTS untuk membentang kertas kerja yang merangkumi pelbagai bidang khususnya dalam bidang akademik.

Tarikh-tarikh penting yang berkaitan dengan persidangan ini adalah seperti berikut:

  • Full paper submission                      : 8 Ogos 2019
  • Notification of paper acceptance   : 29 Ogos 2019
  • Payment deadline                            : 19 September 2019
  • Conference                                       : 8 Oktober 2019

Untuk makluman, semua kertas kerja perlu dihantar melalui e-mel ke This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.. Poster, borang pendaftaran penyertaan dan template penulisan kertas kerja boleh didapati di pautan berikut: NACRI 2019. Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan, sila hubungi sekretariat NACRI 2019 di talian 04-9886242 atau melalui e-mel yang dinyatakan.

 

Perhatian kepada semua pelajar atau staf yang berminat untuk mendaftar peperiksaan MUET tahun 2019:

Kalendar MUET Tahun 2019

 

SEMAKAN KEPUTUSAN RAYUAN KE POLITEKNIK

Malam Apresiasi Kecemerlangan PTSS 2018


 

PENAFIAN

Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin (PTSS) adalah tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan mana-mana maklumat dari laman sesawang ini.

Dasar Privasi  •  Dasar Keselamatan

HUBUNGI KAMI

Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin
Pauh Putra, 02600 Arau, Perlis

Telefon : 604 988 6200

Faks : 604 988 6300

E-mel : info[at]ptss.edu.my