Program Gerak Usahawan Kampus 2020 (GUK 2020): "Onlinepreneur Challenge" telah bermula pada 25 September 2020 hingga 5 November 2020. Julung kalinya program ini dilangsungkan secara hybrid iaitu kebanyakan aktiviti dijalankan secara dalam talian dan selebihnya dikendalikan secara bersemuka. Ekoran daripada penularan wabak COVID-19 yang mencetuskan pandemik global, program anjuran Unit Keusahawanan dan Alumni, Bahagian Ambilan dan Pembangunan Pelajar, Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti dan Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin (PTSS) membuat keputusan untuk menyelaras semua aktiviti dan pertandingan yang dikelolakan oleh 6 Politeknik lain untuk mematuhi SOP menangani wabak tersebut.

Selain PTSS yang menganjurkan Online Bazaar Challenge (OBaC) 2020, Politeknik Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (POLIMAS) menjayakan program Webinar 'Biz Talk', Politeknik Seberang Perai (PSP) mengelolakan Program Online Business Pitching-Video Competetion, Politeknik Ungku Omar (PUO) program FIFA 2020 GUK Tournament, Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah (PTSB) menganjurkan program Online Business Courses Siswapreneur dan terakhir ialah Politeknik Balik Pulau (PBU) yang telah menjalankan Program Website Business Challenge.

Penganjuran semua pertandingan dan aktiviti dalam GUK 2020 ini turut disokong oleh agensi-agensi kerajaan iaitu MDEC, FAMA, AMANAH IKHTIAR MALAYSIA, TEKUN NASIONAL, SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA (SSM), pakar-pakar akademik dari UUM dan UNIMAP, usahawan alumni PTSS dan POLIMAS serta pihak industri.

Tujuan program ini adalah untuk mendedahkan pelajar dengan aktiviti keusahawanan. Melalui program ini pelajar diberi peluang untuk mempraktikkan ilmu dan kemahiran keusahawanan yang dipelajari dalam proses pembelajaran di Politeknik dan Kolej Komuniti. Semua pertandingan dan aktiviti yang dianjurkan dalam GUK 2020 ini melibatkan semua 36 Politeknik dan 103 Kolej Komuniti seluruh Malaysia.

Pertandingan Video Pendek "Life@PolyCC" pula merupakan satu lagi program anjuran Bahagian Ambilan dan Pembangunan Pelajar (BAPP), Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK). Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin, Perlis (PTSS) sekali lagi telah diberi kepercayaan untuk menjadi pengelola program peringkat kebangsaan. Pertandingan Video Pendek "Life@PolyCC" tahun 2020. Program ini bertujuan untuk meningkatkan keupayaan mahasiswa dan mahasiswi Politeknik dan Kolej Komuniti menggunakan idea kreatif menghasilkan video pendek bagi mempromosikan PolyCC (Politeknik dan Kolej Komuniti).

Video pendek, kini telah menjadi medium yang semakin dikenali dalam menyampaikan maklumat yang baik dan luahan idea serta hasrat. Video pendek juga mempunyai pengaruh yang besar dalam menterjemah kreativiti melalui cara yang tersendiri. Penggunaan internet dan media sosial yang meluas pula menjadikan video semakin mudah dicapai oleh golongan yang meminatinya, terutama dalam kalangan anak muda hari ini, tidak terkecuali mahasiswa dan mahasiswi Politeknik dan Kolej Komuniti khususnya.

Penyertaan pertandingan ini adalah percuma dan terbuka kepada semua pelajar dan alumni Politeknik dan Kolej Komuniti Malaysia. Peserta yang berminat menyertai pertandingan ini diwajibkan untuk 'follow' akaun rasmi Instagram PolyCCLife (http://instagram.com/POLYCCLIFE). Selain itu, syarat lain pertandingan ialah, konsep video adalah bebas sama ada iklan, komersil TV, sketsa, dokumentari, travelog atau drama mengikut kreativiti sendiri. Video yang dihasilkan mestilah menjurus kepada Promosi Jom Masuk Politeknik dan Kolej Komuniti. Penggunaan Bahasa Melayu atau Inggeris adalah diberi keutamaan, akan tetapi sekiranya ada bahasa lain digunakan, sarikata (subtitle) dalam Bahasa Melayu atau Inggeris mesti disertakan. Hasil karya TIDAK BOLEH menyentuh isu-isu sensitif yang boleh menganggu atau mengugat keharmonian antara kaum, budaya, agama dan masyarakat Malaysia.

Pada 5 November 2020, telah diadakan Majlis Perasmian Penutupan Program Gerak Usahawan Kampus (GUK) dan Pertandingan Video Pendek Life@PolyCC 2020. Majlis ini juga dilangsungkan dengan mematuhi semua SOP yang telah ditetapkan bagi menangani penularan wabak COVID-19. Hanya pemenang dari kawasan yang diisytihar Zon Hijau sahaja yang dibenarkan memasuki dewan dan prosedur seperti mewajibkan pemakaian topeng pelitup muka, memeriksa suhu badan, mengimbas kod QR MySejahtera selain kedudukan tetamu dalam dewan yang disusun mengikut jarak sekurang-kurangnya 1 meter di antara satu sama lain.

Ucapan perasmian oleh Yang Berusaha Timbalan Ketua Pengarah (Governan), Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK), Ts. Haji Mohamad Amin Bin Hamat telah disiarkan dalam majlis tersebut secara rakaman kerana beliau tidak dapat ke PTSS kerana Putrajaya adalah dalam tempoh PKPB. Semasa ucapan alu-aluan Pengarah PTSS, Encik Abdul Malek bin Hassan turut menghubungi Pengarah Bahagian Ambilan dan Pembangunan Pelajar (BAPP) dan hanya berinteraksi dalam talian.

Semua hadiah kepada pemenang bagi kedua-dua program telah diumumkan pada hari tersebut.

Program Gerak Usahawan Kampus 2020 (GUK 2020): Onlinepreneur Challenge

1. Pertandingan e-Sport FIFA 2020 (PUO)
    JOHAN Kolej Komuniti Bandar Penawar
    NAIB JOHAN Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah (PTSB)
    TEMPAT KETIGA Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah (POLISAS)
    TEMPAT KEEMPAT Politeknik Ungku Omar (PUO)

2. Pertandingan Online Bazaar Challenge (PTSS)

    2.1 Jualan Tertinggi
          1st Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin (PSMZA)
          2nd Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin (PTSS)
          3rd Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah (POLISAS)

    2.2 Promosi Terbaik
          1st Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah (POLISAS)
          2nd Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin (PTSS)
          3rd Kolej Komuniti Sungai Siput

    2.3 Produk Terbaik

          Makanan dan Minuman
          1st Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin (PSMZA)
          2nd Kolej Komuniti Pasir Gudang
          3rd Politeknik Sultan Azlan Shah (PSAS)

          Fesyen
          1st Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PSA)

          IT dan Telekomunikasi
          1st Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah (POLISAS)
          2nd Politeknik METRO Kuantan
          3rd Politeknik Ungku Omar (PUO)

          Perkhidmatan
          1st Politeknik Nilai (PNS)
          2nd Kolej Komuniti Sungai Siput
          3rd Kolej Komuniti Hulu Langat

          Aksesori dan Barangan
          1st Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin (PTSS)

          'Most Like' & 'Share Tertinggi'
          1st Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin (PTSS)
          2nd Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah (POLISAS)
          3rd Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin (PSMZA)

          Mentor Terbaik
          1st Puan Nurzawani binti Azuwa (PNS)
          2nd Puan Roslina binti Ahmad (PSA)
          3rd Puan Azlini binti Awang (PTSS)

          Terbaik Keseluruhan
          Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah (POLISAS)

3. Online Business Pitching Competition 2020 (PSP)

    3.1 Pitching Terbaik
          1st Politeknik Ungku Omar (PUO)
          2nd Politeknik Sandakan (PSS)
          3rd Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah (PTSB)

    3.2 Persembahan Video Terbaik
          1st Politeknik Ungku Omar (PUO)
          2nd Politeknik Sandakan (PSS)
          3rd Kolej Komuniti Seberang Jaya

    3.3 Mentor Terbaik
          1st Puan Rokiah binti Ahmad Sudan (PUO)
          2nd Dr. Roslina binti Mat Yazid (PSS)
          3rd Ts. Mohamad Annuar bin Morzuke (KK Seberang Jaya)

4. Business Website Challenge 2020

    4.1 Kategori: Makanan dan Minuman
          1st Politeknik Ungku Omar (PUO)
          2nd Kolej Komuniti Hulu Selangor
          3rd Kolej Komuniti Hulu Langat

    4.2 Kategori: Pakaian & Kelengkapan
          1st Politeknik Balik Pulau (PBU)
          2nd Kolej Komuniti Pasir Gudang
          3rd Politeknik Sultan Abdul Halim Muadzam Shah (POLIMAS)

    4.3 Kategori: Perniagaan Perkhidmatan
          1st Kolej Komuniti Temerloh
          2nd Kolej Komuniti Pasir Gudang
          3rd Politeknik Port Dickson (PPD)

    4.4 Kategori: Kesihatan & Kecantikan
          1st Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PSA)
          2nd Politeknik Nilai (PNS)
          3rd Kolej Komuniti Hulu Selangor

    4.5 Kategori: Aksesori & Barangan
          1st Politeknik Mersing (PMJ)
          2nd Kolej Komuniti Pasir Gudang
          3rd Politeknik Nilai (PNS)

Pertandingan Video Pendek Life@PolyCC

1. Kategori Politeknik
    1st Muhammad Zikri Zaman bin Abdul Rahman (Politeknik Ibrahim Sultan)
    2nd Mohd Adam bin Johny (Politeknik Mukah)
    3rd Wan Nabil Fikri bin Wan Idrus (Politeknik Kuching)

2. Kategori Kolej Komuniti
    1st Amarul Hazmy bin Mohd Kamarulzaman (KK Bandar Darulaman)
    2nd Morten Quiqley Saimon (KK Sandakan)
    3rd Nurbalqis binti Mohd Fazleey (KK Segamat)

3. Kategori Alumni
    1st Wong Sie Woo (Alumni Politeknik Kuching)
    2nd Muhammad Khairul Hazim bin Mohd Yusri (Alumni Politeknik Jeli)
    3rd Muhammad Syafaridzuan bin Abdul Salam (Alumni Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah)

4. Anugerah Khas Juri
    Nik Ameerul Uwais bin Rostam Afendi (Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin)

5. Anugerah Most Trending/Like
    Mohd Adam bin Johny (Politeknik Mukah)

PENAFIAN

Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin (PTSS) adalah tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan mana-mana maklumat dari laman sesawang ini.

Dasar Privasi  •  Dasar Keselamatan

HUBUNGI KAMI

Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin
Pauh Putra, 02600 Arau, Perlis

Telefon : 604 988 6200

Faks : 604 988 6300

E-mel : info[at]ptss.edu.my