Seramai 20 orang pensyarah Jabatan Perdagangan (JP), Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin (PTSS) dari pelbagai program (DPM, DSK dan DAT) telah berjaya menghadiri kursus "Green Technology Compliance" yang dijalankan secara atas talian pada 4 hingga 6 Ogos 2021. Selain itu, seramai 6 orang pensyarah dari Jabatan Perdagangan, Politeknik Sultan Idris Shah (PSIS) turut menyertai kursus ini. Program ini dianjurkan oleh Program Diploma Pengajian Perniagaan, JP, PTSS. Puan Norzianis binti Rezali @ Abdul Sukor, CMILT telah dilantik menerajui Jawatankuasa Pelaksana selaku Pengarah Program bersama-sama Puan Ayu Iryanti binti Azni dan Puan Norhasyila binti Minhat.
Matlamat kursus ini adalah untuk memberi pendedahan awal dan menyalurkan maklumat berkaitan kursus DUG30023 "Green Technology Compliance" yang bakal ditawarkan kepada pelajar pada semester hadapan. Penceramah jemputan, Encik Azhan bin Nawi merupakan Pensyarah Kanan, Jabatan Pelancongan dan Hospitaliti (JPH), PTSS merupakan seorang pegawai yang mempunyai kelayakan kemahiran pematuhan hijau yang bertauliah. Terdapat pelbagai bidang ilmu yang telah dikongsi seperti "Green Technology", "Green Transport" dan "Waste Water". Kursus ini diharapkan dapat memberi manfaat dan membantu para pensyarah Jabatan Perdagangan yang bakal mengajar kursus DUG30023 "Green Technology Compliance" pada Sesi 1, 2021.
Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin (PTSS) adalah tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan mana-mana maklumat dari laman sesawang ini.
Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin
Pauh Putra, 02600 Arau, Perlis
Telefon : 604 988 6200
Faks : 604 988 6300
E-mel : info[at]ptss.edu.my