PROGRAM / AKTIVITI

29 - 30 April 2025
Innovation, Project Presentation & Exhibition (iProPEx) 2025
Dewan Harumanis PTSS

 

TENDER / SEBUT HARGA

Sample Data-Articles

Semua Pensyarah dan Pelajar Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin (PTSS) dikehendaki menggunakan Sistem Pengurusan Maklumat Politeknik (SPMP) untuk mengakses Jadual Waktu Peperiksaan Akhir (JWPA) dan Jadual Waktu Pengawasan Peperiksaan Akhir (JWPPA). Berikut adalah panduan ringkas untuk melihat dan membaca JWPA dan JWPPA di dalam SPMP: Panduan Ringkas Jadual Waktu Peperiksaan Akhir Sesi Disember 2018.

 

Halal Executive Programme

LATAR BELAKANG

Potensi Industri Halal dilihat semakin meningkat dan merupakan industri yang amat penting dan relevan bagi Malaysia dan rantau sekitarnya termasuk negara-negara ASEAN. Hal ini kerana Industri Halal telah menjadi sumber baru kepesatan pertumbuhan ekonomi yang mempunyai nilai pasaran yang dianggarkan sebanyak 2.3 trillion-dolar setiap tahun. Pertumbuhan pesat Industri Halal Global ini telah menjadikan Malaysia salah satu peneraju Industri Halal yang diiktiraf di peringkat antarabangsa.

Dalam mendokong perkembangan pesat Industri Halal Global ini, Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin (PTSS) telah dilantik oleh Jabatan Kemajuan Agama Islam Malaysia (JAKIM) sebagai Penyedia Latihan Halal (PLH) yang telah berdaftar di bawah Majlis Profesional Halal Malaysia (HPB) pada 15 Januari 2018. Justeru, dengan pelantikan ini telah melayakkan PTSS untuk menganjurkan program berkaitan halal terutamanya Halal Executive Program (HEP) di dalam menyediakan golongan pekerja mahir dalam bidang halal yang sah.

Program ini memenuhi semua khalayak sasaran, mulai dari orang awam kepada orang dalam industri, baik orang Islam dan bukan Islam - pada dasarnya ia terbuka kepada sesiapa yang berminat untuk mempelajari lebih lanjut mengenai Halal. Sasaran utama bagi program ini juga adalah kepada pihak industri yang berminat untuk melantik Halal Eksekutif di kalangan pekerja mereka atau orang perseorangan yang hendak memajukan diri dengan memperolehi Sijil Profesional Eksekutif Halal yang sah. Hal ini bertepatan dengan syarat yang termaktub dalam Manual Prosedur Pensijilan Eksekutif Halal Malaysia (Semakan Ke-3) 2014 di mana melantik Eksekutif Halal yang berkelayakan merupakan salah satu syarat wajib kepada industri seperti mana yang ditentukan oleh JAKIM. Di samping itu, PTSS telah memulakan program HE untuk pelajar PTSS dan pada masa ini, 25 graduan Diploma dalam Perkhidmatan Makanan Amalan Halal akan tamat pada akhir tahun ini, yang mempunyai dua pensijilan; Diploma Perkhidmatan Makanan Amalan Halal dan Sijil Professional Eksekutif Halal.

Dalam memperkasakan Industri Halal, PTSS menubuhkan usaha sama dan perkongsian kepakaran dengan agensi luar terutamanya DagangHalal Sdn. Bhd (DHSB) untuk memperluaskan pasaran peserta dan mengukuhkan pembangunan kursus Halal di PTSS. Program ini direka untuk memberi manfaat kepada PTSS dan DHSB untuk menyumbang kepada masyarakat. Program Halal Executive (HE) yang dianjurkan selama tiga (3) sesi dalam tempoh 2 tahun dari tarikh kerjasama ditandatangani. Selain itu, PTSS turut mewujudkan usahasama dengan Adhya Hotel Langkawi selaku penasihat industri bagi Program Diploma Perkhidmatan Makanan Amalan Halal. PTSS juga turut menyertai Kelab Sahabat Halal Malaysia (KESAH) bagi berkongsi maklumat terkini mengenai isu-isu semasa berkaitan dengan Industri Halal di Malaysia atau antarabangsa.

PTSS akan menyediakan kemudahan latihan di Pusat Latihan Pendidikan Pauh Inn seperti bilik seminar, peralatan dapur mengikut keperluan standard industri, bilik bertaraf hotel 3 bintang, bilik latihan penyembelihan, liputan akses tanpa wayar (Wi-Fi), kemudahan teknologi maklumat dan banyak lagi. Kadar yuran yang ditetapkan pada masa ini adalah antara yang terendah dengan pakej lengkap kira-kira kos sekitar RM3,200.00 sahaja. Pakej ini termasuk makanan, penginapan dan bahan bercetak. Di samping itu, industri ini layak untuk menuntut semula yuran di Dana Pembangunan Sumber Manusia (HRDF). Untuk pertanyaan lanjut mengenai kursus Halal yang ditawarkan di PTSS, sila layari laman web rasmi kami di http://www.ptss.edu.my atau melalui telefon di talian 04-9886200 sambungan ke Unit Latihan dan Pendidikan Lanjutan (ULPL), PTSS.

 

AKTIVITI-AKTIVITI PLH

Bengkel Pembangunan Penilaian Kursus Halal Executive, Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti Bil. 1/2018 pada 23-25 September 2018 bertempat di Crystal Crown Hotel, Petaling Jaya. Aktiviti-Aktiviti PLH  
Penawaran Kursus Halal Executive Kohort 1 kepada pelajar semester 5 bagi program Diploma Perkhidmatan Makanan Amalan Halal pada 21-30 November 2018 bertempat di Bilik Seminar Patawali, Pauh Inn, PTSS. Aktiviti-Aktiviti PLH Aktiviti-Aktiviti PLH
Kunjungan balas Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin ke Kumpulan DagangHalal Sdn Bhd pada 22 Oktober 2018 bagi membincangkan butiran kerjasama dalam Program Halal Executive. Aktiviti-Aktiviti PLH  
Pelancaran Program Eksekutif Halal, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) kerjasama antara Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin dan DagangHalal Sdn Bhd yang telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia Dato' Dr. Sirajuddin Bin Suhaimee, Pengarah Majlis Halal Malaysia, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) pada 30 Januari 2019 bertempat di Seri Selasih, Pauh Inn, PTSS. Aktiviti-Aktiviti PLH  
Program Bual Bicara Pagi Nine11 di Wisma BERNAMA pada 25 Febuari 2019 bagi membincangkan mengenai kejayaan Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin melakar sejarah menjadi peneraju Sijil Halal Eksekutif di utara Malaysia. Pautan Siaran Langsung:
https://www.facebook.com/BernamaNewsChannel/videos/376844322898409/
Pautan Akhbar:
http://beta.kampusuols.com/article/424280/U-In-News/UTARA/PTSS-diiktiraf-Jakim-lahirkan-Eksekutif-Halal

 

SENARAI TENAGA PENGAJAR HALAL

Seramai 6 tenaga pengajar dari Jabatan Pelancongan dan Hospitaliti (JPH) telah menghadiri Kursus Wajib Tenaga Pengajar Halal (KWTPH) dan mendapat pengiktirafan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) sebagai Tenaga Pengajar Halal. Berikut merupakan senarai tenaga pengajar yang terlibat:

Tenaga Pengajar Halal Tenaga Pengajar Halal Tenaga Pengajar Halal
Zaharizuan bin Azhar
No. Sijil: JAKIM.HPB/STPH:2018-023-001
B.Sc. (Hons) in Hotel Management, UiTM (2006)
Diploma in Hotel Management, UiTM (2002)
Rabiatul Adawiyah binti Ismail
No. Sijil: JAKIM.HPB/STPH:2018-023-005
B.Sc. (Hons) in Food Service Management, UiTM (2002)
Diploma in Education (2008)
Diploma in Chef Training, UiTM (1997)
Ahmad Firdaus bin Mohd Hanafiah
No. Sijil: JAKIM.HPB/STPH:2018-023-002
B.Sc. (Hons) in Hotel Management, UiTM (2006)
Tenaga Pengajar Halal Tenaga Pengajar Halal Tenaga Pengajar Halal
Mohd Azha bin Ismail
No. Sijil: JAKIM.HPB/STPH:2018-023-003
B.Sc. (Hons) in Food Service Management, UiTM (2002)
Diploma in Chef Training, UiTM (2000)
Anwar bin Abdul Rahman
No. Sijil: JAKIM.HPB/STPH:2018-023-004
Sarjana Undang-Undang Sumber Manusia, UUM (2018)
Bachelor (Hons) Legal Studies, UiTM (2009)
Suhaila binti Ishak
No. Sijil: JAKIM.HPB/STPH:2018-023-006
Master in Gastronomy, UiTM (2016)
B.Sc. (Hons) in Food Service Management, UiTM (2010)
Diploma in Culinary Arts, UiTM (2008)

 

SIJIL PENYEDIA LATIHAN HALAL

Sijil Penyedia Latihan Halal

 

INFO PROGRAM

Professional Certification In Halal Executive Programme   Professional Certification In Halal Executive Programme

 

JADUAL PROGRAM

Jadual Program

Pendaftaran Halal Executive Programme

Keputusan Rayuan Ke Politeknik dan Kolej Komuniti Sesi Jun 2020

Permohonan Kemasukan Ke Politeknik - Program Sarjana Muda Sesi 2020/2021  Semakan Kemasukan Sesi Jun 2020  Rayuan Kemasukan Sesi Jun 2020

 

Aplikasi ini secara umumnya dibangunkan bertujuan menjadi landasan alternatif kepada pengguna Learning Management System (LMS) Politeknik, iaitu CIDOS sama ada pensyarah atau pelajar untuk membuat capaian selain dari landasan web-based.

Kumpulan pembangun aplikasi ini yang dinaungi oleh Mej. (K) Mohd Noor Bin Shahudin (Pengarah Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah) diselaraskan oleh En. Syaiful Afdzal Bin Ramli (Unit Kejuruteraan Elektrik, JPP) dan disertai oleh pensyarah-pensyarah dari pelbagai Politeknik Malaysia sebagai pembangun dan pengaturcara iaitu En. Muhammad Firdaus Bin Che Radzi, En. Shaffie Bin Hussin, En. Norzelan Bin Saleh, En. Shaizan Bin Jusoh, En. Hazmee Bin Abd. Halim, En. Amir Bin Abu Bakar, En. Nur Azizul Bin Mohamad Noor dan En. Muhammad Khairi Bin Saad.

Untuk muat turun, sila scan QR code di bawah:

myPOLI LMS QR Code

Sila ikuti panduan berikut untuk muat turun dan proses pemasangan:

myPOLI LMS Install

Sila ikuti panduan berikut untuk panduan penggunaan:

myPOLI LMS Manual

Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi:
Shaffie bin Hussin / Muhammad Firdaus bin Che Radzi
Jabatan Kejuruteraan Elektrik
Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin
Pauh Putra, Arau, Perlis
04 988 6230

VISI, MISI DAN OBJEKTIF

VISI

Menjadi COT yang diiktiraf oleh komuniti dan industri dalam bidang tujahan di dalam dan luar negara.

 

MISI

Menggalakkan kecemerlangan dalam bidang tujahan melalui perkhidmatan kepakaran, penyelidikan dan inovasi, pengajaran dan pembelajaran.

 

OBJEKTIF

Objektif COT adalah:

  • Membudayakan perkongsian kepakaran, penyelidikan, inovasi serta pengajaran dan pembelajaran berkualiti dalam bidang tujahan.
  • Mempergiatkan kolaborasi dengan komuniti dan industri berkaitan bidang tujahan.
  • Menggalakkan penulisan dan penerbitan ilmiah berkaitan bidang tujahan.
  • Meningkatkan pencapaian dan pengiktirafan sama ada peringkat dalam negara atau luar negara dalam bidang tujahan.
  • Menjana pendapatan melalui aktiviti-aktiviti khidmat kepakaran, penghasilan penyelidikan dan perkongsian pengetahuan dalam bidang tujahan.

 

BIDANG TUJAHAN COT PTSS - MEDIA KREATIF

COT PTSS adalah dalam bidang tujahan MEDIA KREATIF di mana ianya menyediakan perkhidmatan dan perkongsian kepakaran seperti berikut:

  1. Menyediakan Perkhidmatan Konsultansi kepakaran dalam bidang tujahan seperti:
    • Video Korporat
    • Video Produk
    • Video Dokumentari
    • Video Motion Graphic
    • Multi Camera Production (MCP)
    • Single Camera production (SCP)
    • Fotografi
    • Pembangunan Immersive Media (VR 360 / Augmented Reality)
    • Pembangunan Aplikasi dan Halaman Sesawang
    • Solekan dan Dandanan
    • Latihan Produksi Media
    • Latihan Media Kreatif
  2. Menawarkan kursus dan latihan dalam bidang kepakaran berkaitan media kreatif dan membangunkan bahan pengajaran dan pembelajaran.
  3. Memperkasakan Penyelidikan dan Inovasi dalam bidang tujahan berorientasikan keperluan industri.

 

ELEMEN PENILAIAN

Penilaian terhadap COT politeknik adalah berdasarkan tujuh elemen dan mempunyai agihan pemberat pemarkahan seperti berikut:

Bil. Elemen Penilaian Wajaran Peratusan (%)
1 Kolaborasi 0 - 20 20
2 Penyelidikan dan Inovasi 10 - 30 Maksimum 40
3 Khidmat Kepakaran 10 - 30
4 Penerbitan 5 - 15 Maksimum 20
5 Pengiktirafan 5 - 15
6 Pengajaran dan Pembelajaran 5 - 15 Maksimum 20
7 Penjanaan Pendapatan 5 - 15
  Jumlah 100

 

CARTA ORGANISASI

Carta Organisasi COT PTSS

PROJEK PENGURUSAN, SENI, PERHOTELAN DAN SAINS TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN DALAM ISLAM (PPRISMA VIII)

  SESI 1 SESI 2
Tarikh / Hari 27 Februari 2019 (Rabu) 6 Mac 2019 (Rabu)
Tempat Dewan Harum Manis, PTSS
Masa 7.45 pagi - 10.00 pagi
Kategori Sains Teknologi dan Kejuruteraan
Dalam Islam
Pengurusan Dalam Islam, Pelancongan dan Hospitaliti Dalam Islam, Seni Dalam Islam
7.45 pagi - 8.00 pagi Pendaftaran dan Kumpulan Mengambil Tempat
8.00 pagi - 9.30 pagi Sesi Pembentangan dan Penilaian
9.30 pagi - 10.00 pagi Penyampaian Hadiah dan Bersurai

 

Al-Irsyad Commerce Pulse JMSKpedia JRKV Insight Quicksteps TechnoCreative
Al-Irsyad
eISSN 2805-5012
Commerce Pulse
eISSN 2805-5489
JMSKpedia
ISSN 2637-0506
JRKV Insight
eISSN 2773-6377
Quicksteps
eISSN 2672-7269
Technocreative
eISSN 2682-8944

PENAFIAN

Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin (PTSS) adalah tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan mana-mana maklumat dari laman sesawang ini.

Dasar Privasi  •  Dasar Keselamatan

HUBUNGI KAMI

Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin
Pauh Putra, 02600 Arau, Perlis

Telefon : 604 988 6200

Faks : 604 988 6300

E-mel : info[at]ptss.edu.my