PROGRAM / AKTIVITI

29 - 30 April 2025
Innovation, Project Presentation & Exhibition (iProPEx) 2025
Dewan Harumanis PTSS

 

TENDER / SEBUT HARGA

Sample Data-Articles

PENGENALAN

Unit Pengurusan Psikologi (UPPsi) merupakan unit sokongan di bawah Timbalan Pengarah Sokongan Akademik, Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin (PTSS). UPPsi berperanan membantu ke arah perkembangan warga Politeknik (kakitangan dan pelajar) yang sejahtera emosi, pemikiran, fizikal, spiritual dan sosial agar dapat berfungsi dengan baik dan dapat menyumbang ke arah kecemerlangan Politeknik.

 

CARTA ORGANISASI

Carta Organisasi UPPsi PTSS

 

MAKLUMAT KAKITANGAN

Bil. Nama Jawatan Samb. No. Telefon
( 04 988 6200 )
E-mel
( @ptss.edu.my )
1 Wan Kamariah binti Wan Mat Ketua Unit 6208 kamariah
2 Norzila binti Mhd Noor Pegawai Psikologi 6205 norzila
3 Raja Rabiaatum Adawiah binti Raja Mamat Pegawai Psikologi 1100 rabiaatum

PENGENALAN

Dalam proses pengemaskinian.

 

CARTA ORGANISASI

Carta Organisasi ULPL PTSS

 

MAKLUMAT KAKITANGAN

Bil. Nama Jawatan Samb. No. Telefon
( 04 988 6200 )
E-mel
( @ptss.edu.my )
1 Mohd Awaludin bin Mohamed Bashir Ketua Unit 6379 awaludin
2 Mohd Hafidz bin Zakaria Pegawai Latihan dan Pendidikan Lanjutan 1060 hafidzzakaria
3 Rasmadino bin Abdul Rahman Pembantu Khidmat Am 6200 rasmadino
  Pejabat ULPL - 04 988 6278 (Faks) ulpl

PENGENALAN

Jabatan ini bertanggungjawab menjalankan segala urusan yang berkaitan dengan pelajar di Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin. Terbahagi kepada 2 bahagian iaitu:

  1. Bahagian Pengambilan Pelajar dan Data
    • Pendaftaran Pelajar Baru dan Lapor Diri Pelajar Senior
    • Permohonan Kad Pelajar
    • Pertukaran Kursus dan Politeknik
    • Penangguhan Semester
    • Pengesahan Surat Pengajian Pelajar
    • Pengesahan Pemberhentian Pengajian Pelajar
    • Merekod dan Menyimpan Data Pelajar
  2. Bahagian Kebajikan dan Disiplin
    • Menguruskan Bantuan Kewangan
      Kebanyakan pelajar kursus diploma mendapat tajaan dari Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) serta sebilangan kecil pelajar mendapat tajaan dari lain-lain sumber tajaan seperti JPA, KUOK Foundation, Yayasan Sime Darby, Yayasan Negeri, MARA dan juga lain-lain penaja.
    • Menguruskan Kebajikan Pelajar
      Melaksanakan program pembangunan sahsiah pelajar melalui Majlis Perwakilan Pelajar (MPP), memantau perjalanan Pilihanraya Kampus, memastikan perjalanan Minggu Suaikenal berjalan dengan lancar, mengeluarkan surat akuan untuk rawatan pelajar jika diperlukan dan memastikan pelajar mendapat rawatan yang sempurna di mana-mana hospital atau klinik, melaporkan kematian dan kemalangan pelajar kepada pihak-pihak tertentu, membantu dalam menyediakan maklumat mengenai penginapan luar kampus kepada pelajar, serta menyelaras dan membantu hal-hal berkaitan biasiswa dan pinjaman pelajar.
    • Pengurusan Disiplin Pelajar
      Tertakluk kepada Undang-undang Malaysia Akta 174, Akta Institusi-Institusi Pelajaran (Tatatertib) 1976 (Kesalahan Jenayah).
      Mana-mana pelajar yang dituduh oleh mana-mana mahkamah di Malaysia atas apa-apa kesalahan jenayah, maka dengan sendirinya mulai tarikh ianya dipertuduhkan, pelajar berkenaan adalah digantung pengajiannya sehinggalah ke tarikh perbicaraannya. Pihak politeknik akan mengeluarkan "Surat Penggantungan Pengajian".

 

CARTA ORGANISASI

Carta Organisasi JHEP PTSS

 

MAKLUMAT KAKITANGAN

Bil. Nama Jawatan Samb. No. Telefon
( 04 988 6200 )
E-mel
( @ptss.edu.my )
1 Mahirah binti Rafie Ketua Jabatan 6202 mahirah
2 Syazwani binti Sobri Pegawai Pengambilan dan Data 6204 syazwani
3 Norfadliyah binti Abdul Hamid Pegawai Kebajikan dan Disiplin 6203 norfadliyah
4 Sitti Aisyah binti Kadir Pegawai Kebajikan 6209 sittiaisyah
5 Rosnaniwati binti Che Abdullah Pembantu Tadbir (P/O) 6206 rosnaniwati
6 Nurul Hayati binti Muda Pembantu Tadbir (P/O) 6207 hayatimuda
7 Mohamad Hairi bin Othman Pembantu Khidmat Am 1049 mohamadhairi

Laman Web www.upikptss.edu.my  Facebook Unit Penyelidikan, Inovasi & Komersialan PTSS

PENGENALAN

Unit Penyelidikan, Inovasi dan Komersialan (UPIK) telah ditubuhkan di Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin (PTSS) pada Julai 2009 dengan nama Unit Penyelidikan dan Inovasi (UPI) pada awalnya. Ia berperanan sebagaimana di universiti sebagai satu pusat kajian iaitu Research Management Center (RMC). Ia bertujuan untuk mendorong dan menggalakkan pensyarah-pensyarah melakukan penyelidikan serta mengamalkan pengajaran berasaskan penyelidikan. PTSS seperti mana politeknik-politeknik lain berpotensi memberi sumbangan signifikan dalam sistem penyelidikan, inovasi dan pengkomersialan dengan pelbagai bidang ilmu, kepakaran dan infrastruktur yang ada.

 

JAWATANKUASA

  1. Panel Perunding
    1. Terdiri daripada semua PPPT berstatus PhD sewaktu di PTSS atau pensyarah yang mempunyai kepakaran dalam penyelidikan, inovasi atau komersialan.
    2. Menyediakan rundingan, nasihat dan khidmat sokongan yang diperlukan kepada PPPT dan staf bukan akademik yang merancang untuk melaksanakan aktiviti penyelidikan, inovasi dan pengkomersialan.
    3. Antara aktiviti perundingan, nasihat dan khidmat sokongan yang boleh dibekalkan adalah seperti berikut:
      • Penulisan termasuk format penulisan, teknik penulisan, penerbitan dan sebagainya.
      • Inovasi termasuk penulisan laporan, kajian eksperimen, permohonan geran dan sebagainya.
      • Pengkomersialan termasuk perancangan pengkomersialan, perjanjian dan sebagainya.
  2. Penyelidikan
    1. Geran
      • Penyelarasan hal ehwal urusan geran penyelidikan dari segi perancangan, permohonan dan laporan.
    2. Penerbitan
      • Pengeluaran jurnal/prosiding/e-jurnal.
      • Perancangan aktiviti penyelidikan meliputi penganjuran persidangan (contoh: NACRI) dan penerbitan ilmiah.
      • Penyelarasan KPI berkaitan penerbitan.
      • Pengemaskinian data berkaitan penerbitan bersama disalurkan kepada Jawatankuasa Bank Data.
  3. Inovasi/KIK
    1. Pemantauan berkala pelaksanaan projek inovasi dan KIK.
    2. Penyelarasan dan pemantauan aktiviti inovasi pensyarah.
    3. Penyelarasan dan pemantauan aktiviti projek akhir pelajar.
    4. Pengemaskinian data berkaitan inovasi bersama disalurkan kepada Jawatankuasa Bank Data.
  4. Pengkomersialan/IP
    1. Pengenalpastian projek berpotensi daripada penyelidikan dan inovasi untuk tujuan pengkomersialan.
    2. Penyelarasan urusan berkaitan harta intelek.
    3. Pembangunan perancangan perniagaan (business development plan).
    4. Pengurusan pelesenan teknologi.
  5. Pentadbiran
    1. Setiausaha
      • Pengurusan latihan berkaitan peningkatan kompetensi staf dalam penyelidikan, inovasi dan pengkomersialan.
      • Hebahan berkaitan projek penyelidikan dan inovasi daripada pihak luar.
      • Penyediaan dan pemantauan pelaksanaan aktiviti UPIK berdasarkan kepada dokumen kawalan dalaman.
      • Penyediaan surat rasmi berkaitan penyelidikan, inovasi dan pengkomersialan seperti lantikan jawatankuasa.
      • Pengemaskinian pemfailan dokumen yang sistematik.
      • Penyelarasan pengurusan kewangan berkaitan unit dan aktiviti penyelidikan, inovasi dan pengkomersialan.
  6. Web/Bank Data
    1. Pengemaskinian data untuk sistem yang dibina atau digunapakai seperti KPI JPPKK, SYRi, ExSPRO dan sebagainya.
    2. Pengumpulan data berkaitan staf sama ada dalam penyelidikan atau inovasi secara berkala bersama Jawatankuasa Penerbitan/Inovasi.

 

CARTA ORGANISASI

Carta Organisasi UPIK PTSS

 

PENYELARAS UPIK JABATAN
(Berkuatkuasa 12 Januari 2024 | Kemaskini 12 Januari 2024)

Bil. Nama Jawatan Samb. No. Telefon
( 04 988 6200 )
E-mel
( @ptss.edu.my )
1 Dr. Rashdan bin Rashid Ketua Unit 6242 rashdanrashid
2 Habshah binti Abu Bakar Setiausaha 1808 habshah
3 Dr. Intan Shafina binti Suid Penyelaras UPIK 1520 intan
4 Dr. Norzianis binti Rezali @ Abdul Sukor Penyelaras UPIK 1035 norzianis_rezali
5 Ts. Dr. Choong Chee Guan Penyelaras UPIK 6284 dr.choong
6 Dr. Sharifah Nadiya binti Syed Yahya Penyelaras UPIK 6200 sharifahnadiya
7 Dr. Jailani bin Abdul Kadir Penyelaras UPIK 6296 jailani
8 Dr. Syahrull Hi-Fi Syam bin Ahmad Jamil Penyelaras UPIK 6395 syahrull
9 Dr. Agnes Pau Penyelaras UPIK 6367 agnes
10 Mohd Iskandar bin Mohd Saleh Penyelaras UPIK 6395 iskandar
11 Kamsani bin Md Saad Penyelaras UPIK 1666 kamsani
12 Ida Rohayu binti Mohd Romli AJK UPIK JPH 6264 idarohayu
13 Rozilawati binti Shaari AJK UPIK JPH 6264 rozilawati
14 Azlina binti Uyub AJK UPIK JP 6252 azlinauyub
15 Noorlisa Hanim binti Mohamad Ariffin Pemandu KIK 6395 noorlisa

 

JAWATANKUASA PENGURUSAN INOVASI PTSS

Bil. Nama Jawatan E-mel
( @ptss.edu.my )
1 Dr. Intan Shafina binti Suid Pegawai Penyelidikan UPIK intan
2 Dr. Salina binti Abdul Manan Pegawai Penerbitan UPIK salina
3 Nor Mahani binti Md Rasidi Pegawai Pengkomersialan UPIK normahanimr
4 Elena binti Anwar Pegawai Inovasi UPIK elena
5 Wan Mohd Yusoff bin Wan Yaacob Pegawai Harta Intelek UPIK wanmohdyusoff
6 Dr. Yusrizal Sufardi bin Mohd Yunan Perunding Kepakaran UPIK yusrizalsmy

 

PANEL PERUNDING KEPAKARAN

Bil. Nama Kepakaran Lantikan
( 2 Tahun )
E-mel
( @ptss.edu.my )
1 Dr. Choong Chee Guan Mekanikal 5 Ogos 2019
Lantikan Semula:
21 Oktober 2022
dr.choong
2 Dr. Dzulkarnain bin Musa Keusahawanan 5 Ogos 2019
Lantikan Semula:
21 Oktober 2022
Berpindah ke POLIMAS
3 Dr. Syahrull Hi-Fi Syam bin Ahmad Jamil Elektrik, Elektronik Perubatan 5 Ogos 2019
Lantikan Semula:
21 Oktober 2022
syahrull
4 Dr. Sharifah Nadiya binti Syed Yahya Teknologi Multimedia 5 Ogos 2019
Lantikan Semula:
21 Oktober 2022
sharifahnadiya
5 Dr. Intan Shafina binti Suid Pelancongan, Halal 5 Ogos 2019
Lantikan Semula:
21 Oktober 2022
intan
6 Dr. Agnes Pau Mekanikal, Design 5 Ogos 2019
Lantikan Semula:
21 Oktober 2022
agnes
7 Dr. Jailani bin Abdul Kadir IT Network 5 Ogos 2019
Lantikan Semula:
21 Oktober 2022
jailani
8 Dr. Muhamad Saufiyudin bin Omar Hotel Catering 18 Oktober 2021
Lantikan Semula:
2 Januari 2024
saufiyudin
10 Dr. Yusrizal Sufardi bin Mohd Yunan Hospitality Management, Halal, Logistik 18 Oktober 2021
Lantikan Semula:
2 Januari 2024
yusrizalsmy
11 Dr. Norzianis binti Rezali @ Abdul Sukor Green Supply Chain, Corporate Environmental Strategy, Sustainable Performance 5 September 2022 norzianis_rezali
12 Dr. Isyati binti Suparman Pengajian Am, E-Learning 2 Januari 2024 isyati
13 Dr. Muhammad Nazri bin Rejab Mekanikal 2 Januari 2024 nazrirejab
14 Mohd Zahri bin Jaafar Mekanikal 5 September 2022 zahri

 

CHIEF in EDITOR JOURNAL

Bil. Nama Jurnal E-mel
( @ptss.edu.my )
1 Dr. Intan Shafina binti Suid International Journal of Research and Innovation Management (IJRIM)
( https://upikptss.edu.my/ojs/index.php/IJRIM )
intan
2 Dr. Sharifah Nadiya binti Syed Yahya Journal of Engineering Communication and Technology in Education (JDCTE)
( https://upikptss.edu.my/ojs/index.php/JDCTE )
sharifahnadiya
3 Dr. Agnes Pau agnes

 

TANGGUNGJAWAB

Bil. Aplikasi
Pautan Admin
1 Laman Web Rasmi UPIK http://www.upikptss.edu.my Dr. Rashdan bin Rashid
2 Facebook Rasmi UPIK https://www.facebook.com/upikptss Dr. Rashdan bin Rashid
3 UPIK PTSS Open Journal System https://upikptss.edu.my/ojs Dr. Rashdan bin Rashid
4 Sistem Penyelidikan dan Inovasi (SYRi) https://app.mypolycc.edu.my/syri Dr. Rashdan bin Rashid
5 Excellent Student Project (ExSPRO) https://app.mypolycc.edu.my/exspro Dr. Rashdan bin Rashid
6 Turnitin https://www.turnitin.com Dr. Rashdan bin Rashid
7 Grants https://app.mypolycc.edu.my/tvetgrants Dr. Rashdan bin Rashid

PENGENALAN

Unit Peperiksaan (UPEP) Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin (PTSS) bertanggungjawab menguruskan dan menyelaras aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan peperiksaan, penilaian dan data persijilan. Unit ini diketuai oleh Ketua Unit Peperiksaan dan dibantu oleh dua Pegawai Peperiksaan dan Ketua Penyelaras Peperiksaan Jabatan Akademik (KPPJ).

Antara aktiviti utama yang dilaksanakan oleh Unit Peperiksaan adalah seperti berikut:

  1. Menyelaraskan aktiviti penyediaan soalan peperiksaan pada setiap semester
  2. Menyelaraskan aktiviti berkaitan perlaksanaan peperiksaan akhir (merujuk kepada takwim aktiviti peperiksaan yang dikeluarkan oleh JPPKK)
  3. Menyediakan tempat dan keperluan peralatan bagi tujuan peperiksaan
  4. Pengurusan bank soalan
  5. Memproses dan mengumumkan keputusan penilaian
  6. Penyediaan laporan keputusan peperiksaan akhir semester untuk pembentangan dan pengesahan oleh Jawatankuasa Peperiksaan PTSS
  7. Penyediaan laporan keputusan peperiksaan akhir semester untuk pembentangan dan pengesahan oleh Lembaga Peperiksaan
  8. Penyediaan data dan rekod persijilan
  9. Penyediaan transkrip pelajar
  10. Penyediaan Sijil/Diploma
  11. Membuat pengesahan graduan/lulusan bagi majlis konvokesyen

 

OBJEKTIF UNIT PEPERIKSAAN

  1. Menyiapkan kertas peperiksaan satu (1) minggu sebelum peperiksaan akhir bermula.
  2. Memproses keputusan penilaian dalam tempoh dua (2) minggu selepas semester pengajian berakhir.
  3. Menyiapkan Sijil/Diploma bagi pelajar yang telah menamatkan pengajian selewat-lewatnya dua (2) bulan selepas tarikh Mesyuarat Lembaga Peperiksaan dan Penganugerahan Sijil/Diploma Politeknik Kementerian Pendidikan Tinggi.

 

PIAGAM PELANGGAN UNIT PEPERIKSAAN

  1. Mengendalikan sebarang urusan yang berkaitan dengan peperiksaan dalam tempoh dua (2) minggu selepas menerima permohonan.
  2. Memproses keputusan peperiksaan mengikut takwim aktiviti yang disediakan oleh JPPKK.
  3. Menyediakan Sijil/Diploma kepada lulusan berdasarkan ketetapan Lembaga Peperiksaan dan Penganugerahan.

 

CARTA ORGANISASI

Carta Organisasi UPEP PTSS

 

MAKLUMAT KAKITANGAN

Bil. Nama Jawatan Samb. No. Telefon
( 04 988 6200 )
E-mel
( @ptss.edu.my )
1 Mohd Khairudin bin Saidina Omar Ketua Unit 6388 khairudin
2 Nurzahira binti Ahmad Zabidi Pegawai Peperiksaan
(Rekod dan Persijilan)
1030 nurzahira
3 Norhaida binti Hussain Pegawai Peperiksaan
(Pengurusan dan Penilaian)
1037 norhaida
4 Noor Salina binti Ismail Pembantu Tadbir (P/O) 1033 noorsalina

Laman Web sites.google.com/ptss.edu.my/jskkwptss  Facebook JSKKW PTSS

PENGENALAN

Jabatan Sukan, Kokurikulum, Kebudayaan dan Warisan (JSKKW) merupakan unit yang telah diwujudkan semenjak Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin ditubuhkan pada tahun 2004.

 

FUNGSI UTAMA

  1. Merangsang, mengelola dan memantau semua aktiviti sukan dan kokurikulum di PTSS.
  2. Menyediakan pasukan-pasukan sukan dan kumpulan kokurikulum PTSS bagi semua aktiviti atau pertandingan luar di semua peringkat (pemilihan, latihan, tadbir urus).
  3. Perolehan, pentadbiran dan penambahbaikan kemudahan serta peralatan sukan dan kokurikulum.
  4. Pengurusan kokurikulum dan pengurusan peralatan sukan.
  5. Merancang program peningkatan kemahiran staf dalam bidang sukan dan kokurikulum.

 

OBJEKTIF DAN FUNGSI

  1. Merancang, menyelaras, melaksanakan dan memantau pengisian dan penilaian kurikulum kokurikulum (DRS, DRK dan DRB).
  2. Memberikan pendedahan, kemudahan dan peluang kepada semua warga PTSS untuk melibatkan diri dan mengembangkan minat, bakat, kemahiran dan keupayaan dalam aktiviti-aktiviti sukan dan kokurikulum.
  3. Mengenal pasti sumber sedia ada dan sumber baru yang boleh dibangunkan oleh JSKK bagi tujuan sukan dan kokurikulum seperti sumber manusia, kewangan, insfrastruktur dan semula jadi.
  4. Tadbir urus inventori peralatan dan kemudahan sukan dan kokurikulum.

 

CARTA ORGANISASI

Carta Organisasi JSKKW PTSS

 

MAKLUMAT KAKITANGAN

Bil. Nama Jawatan Samb. No. Telefon
( 04 988 6200 )
E-mel
( @ptss.edu.my )
1 Johanis bin Mohd Jamil Ketua Jabatan 6356 johanis
2 (Kosong) Pegawai Belia dan Sukan 6340 -
3 Asmeer Fadlee bin Nor Azahar Pembantu Khidmat Am 6344 asmeer.fadlee

DAGANG HALAL INGIN KERJASAMA DENGAN PTSS

PEJABAT PERHUBUNGAN AWAM PTSS·TUESDAY, 14 FEBRUARY 2017

Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin, Perlis (PTSS) pada 6 Februari 2017 telah mengadakan perbincangan dengan Dagang Halal yang ingin berkolaborasi dengan politeknik. Perbincangan telah diadakan hari ini di Bilik Mesyuarat Persidangan PTSS. Rombongan Dagang Halal diketuai oleh Pengerusi Dagang Halal, Datuk Muhadzir Mohd Isa, Ketua Pengawai Eksekutif Dagang Halal, Ali Sabri Sani Abdullah, Pengarah Urusan Dagang Halal, Francis Chong, Pengurus Komunikasi, Marisa Ahmad dan pegawai Dagang Halal yang terdiri daripada Faridah Tajalis St Saidi dan Marina Mohamad. Turut serta dalam perbincangan ini seorang Saintis Jepun, Dr Osamu Yamanaka dari Yamanaka Research Institute, Tokyo, Jepun.

Datuk Muhadzir dan perbincangannya berkata. “Dagang Halal ingin membantu PTSS dalam melahirkan graduan dalam Halal Eksekutif. Negara-negara luar seperti Negara China dan Jepun amat memerlukan graduan dalam bidang Halal kerana industri Halal sedang pesat berkembang di negara berkenaan”. Katanya lagi, beliau amat berharap pihak PTSS dapat membekal Eksekutif Halal yang berkualiti yang boleh dipasarkan di negara luar bagi membantu industri halal yang sedang pesat berkembang diluar negara. Dalam perbincangan tersebut, Dr Osamu Yamanaka seorang saintis dari negara Jepun yang dibawa bersama oleh pihak Dagang Halal turut membentang inovasi terbaru yang berkaitan dengan Alat Cekap Tenaga yang dikenali sebagai “Airreformer” dan “Ultra-low Resistance Power Generator.”

Dr Osamu turut mendedahkan kelebihan Alat Cekap Tenaga ini mengunakan tenaga yang minimum, lebih mesra alam dan efisyen dari segi penggunaan tenaga. Perbincangan dengan Dagang Halal, Dr Osamu dibawa bersama bagi membuka peluang kerjasama kedua-dua belah pihak dalam penyelidikan dan pembangunan serta pengkomersilan.Buat permulaaan alat ini dicadang diujikaji di ladang Harumanis PTSS untuk dilihat keberkesanan terhadap kesuburan pokok untuk menghasilkan buah Harumanis, dan sekiranya berjaya ia akan dicadangkan untuk dikembangkan di seluruh Negeri Perlis bagi meningkatkan penghasilan Harumanis.

Dr Mohd Zahari Ismail berkata, “Pihak PTSS menyambut baik cadangan ini dan harapan pihak kami agar kerjasama ini akan berterusan untuk kebaikan kedua-dua belah pihak.” Menurutnya lagi beliau amat-amat berharap pihak Dagang Halal dapat memasarkan lulusan Diploma Perkhidmatan Makanan (Amalan Halal) dari PTSS menjadi Eksekutif Halal di luar negara. Secara tak langsung ia akan meningkatkan kebolehpasaran graduan PTSS yang mendapat pekerjaan dipasaran antarabangsa.

CEO FACULTY PROGRAMME 2017

PEJABAT PERHUBUNGAN AWAM PTSS·FRIDAY, 10 MARCH 2017

Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin,Perlis (PTSS) baru-baru ini telah mengadakan “CEO FACULTY PROGRAMME 2017” pada 28 Februari -1 Mac 2017 bertempat di Dewan Harumanis , PTSS. Program ini diadakan dengan kerjasama Q-Plex Communication Sdn Bhd.

Objektif program ini diadakan ialah untuk melahirkan graduan yang berkemahiran selaras dengan halatuju Industri Penyiaran Negara melalui kerjasama dengan pihak industri. Program ini juga membantu memberikan maklumat dan latihan yang tepat kepada pelajar mengenai latihan praktikal dilokasi pengganbaran dan proses editing filem.Program ini juga diadakan bagi memastikan pelajar yang terlibat memperolehi maklumat, pengalaman dan bimbingan secara khusus bagi membolehkan mereka mempertingkatkan kredibiliti diri serta berdaya saing.Program ini merupakan persediaan pelajar ke alam kerjaya yang sebenar.

Program ini bermula dengan perasmian majlis yang dirasmikan oleh Mohd Khalid Ahmad ,Setiausaha Politik , YAB Dato’ Seri Menteri Besar Perlis pada 28 Februari 2017 diikuti dengan Tayangan Video “CEO Faculty” mengenai Dato’ Mohammed Tiar Shariff , Ketua Pegawai Eksekutif Q-Plex Communication Sdn Bhd. dan ceramah umum yang bertajuk “Pengalaman Dalam Bidang Video dan Filem”oleh Dato’ Mohammed Tiar Shariff.Pada sebelah petangnya pula akan diadakan forum yang bertajuk “Peluang Pekerjaan dan Perniagaan Dalam Industri Video dan Filem” yang ahli panelnya terdiri daripada Dato’ Mohammed Tiar dan Dr Anwardi Mohd Jamil iaitu anak kepada bekas Pengarah Filem Melayu, Mohd Jamil Sulong. Pada hari kedua para pelajar akan didedahkan cara membuat penggambaran filem dan juga proses editing filem oleh pasukan profesional khas yang dibawa oleh Q-Plex Communication Sdn. Bhd.

Seramai lebih kurang 800 orang yang terdiri dari pelajar Politeknik Zon Utara , Universiti Utara Malaysia, Universiti Malaysia Perlis, Sek. Men. Kuala Perlis, Sek. Men. Tengku Sulaiman,Sek. Men. Syed Alwi dan Sek. Men. Dato’ Jaafar,Perlis telah hadir dalam majlis yang telah diadakan ini.

PENAFIAN

Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin (PTSS) adalah tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan mana-mana maklumat dari laman sesawang ini.

Dasar Privasi  •  Dasar Keselamatan

HUBUNGI KAMI

Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin
Pauh Putra, 02600 Arau, Perlis

Telefon : 604 988 6200

Faks : 604 988 6300

E-mel : info[at]ptss.edu.my