banner-ptss.jpg
banner-jke-etac.jpg
http://www.ptss.edu.my/v9/images/banners/banner-jke-etac.jpg
banner-aidilfitri.png
http://www.ptss.edu.my/v9/images/banners/banner-aidilfitri.png
banner-kpi-polycc-2.jpg
http://www.ptss.edu.my/v9/images/banners/banner-kpi-polycc-2.jpg
banner-plastic-reset-day.jpg
http://www.ptss.edu.my/v9/images/banners/banner-plastic-reset-day.jpg
banner-amalan-eksa.jpg
http://www.ptss.edu.my/v9/images/banners/banner-amalan-eksa.jpg
banner-smartgreen.jpg
http://www.ptss.edu.my/v9/images/banners/banner-smartgreen.jpg
banner-maklum-balas.png
http://www.ptss.edu.my/v9/images/banners/banner-maklum-balas.png
29 - 30 April 2025
Innovation, Project Presentation & Exhibition (iProPEx) 2025
Dewan Harumanis PTSS
PROGRAM PTSS CAKNA DAN ENGLISH CAMP (Program Pengantarabangsaan PTSS di Trang, Thailand)
Program ini adalah bertujuan untuk membantu Foundation Saengtham Wittaya School, Trang, dan masyarakat sekeliling kawasan tersebut untuk pengetahuan asas Bahasa Inggeris, sambil membantu menaiktaraf asrama lelaki sekolah tersebut yang dihuni oleh anak-anak yatim serta fakir miskin. Ini adalah program PTSS ke-2 di sekolah tersebut setelah Ziarah Mahabbah pada bulan Januari 2018 yang lalu.
PTSS juga berjaya mengumpul sumbangan berbentuk item dan juga tunai yang diserahkan kepada sekolah Saengtham Wittaya. Segala aktiviti dijalankan seperti yang dirancang.
OBJEKTIF TERCAPAI
3.1 Menunjukkan keupayaan pelajar dalam perkongsian ilmu di peringkat antarabangsa.
3.2 Mengeratkan jaringan kerjasama antarabangsa antara PTSS dan sekolah di Thailand.
3.3 Memupuk daya kepimpinan dan kerja berpasukan kepada pelajar yang dipertanggungjawabkan sebagai fasilitator.
3.4 Melahirkan pelajar yang bersifat holistik sejajar dengan matlamat PPPM (PT)
3.5 Memberi manfaat kepada pelajar mempelajari budaya dan cara hidup pelajar dan masyarakat di negara Thailand.
3.6 Merancang, melaksana, memimpin program, bekerjasama dan mengambil peranan secara aktif dalam kumpulan.
PTSS TURUN PADANG BANTU MASYARAKAT
Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin, Perlis baru-baru ini turun padang membantu masyarakat yang melibatkan penduduk kampung yang kurang berkemampuan di kawasan Parlimen Kangar yang melibatkan 3 Dewan Undangan Negeri iaitu Kayang, Kuala Perlis dan Indera Kayangan dalam kerja-kerja membaik pulih 23 buah rumah penduduk yang daif.
Menurut Pengarah PTSS, Dr. Mohd Zahari Ismail, pihaknya menerusi Unit Penyelarasan dan Perlaksanaan (ICU) Jabatan Perdana Menteri (JPM) telah memperuntukkan sebanyak RM115,000.00 untuk kerja-kerja membaik pulih seperti kerja-kerja elektrik dan kerja-kerja awam. Menurut beliau lagi, sebelum ini PTSS juga telah diberikan tanggungjawab membaik pulih 12 buah rumah penduduk daif dalam program yang dinamakan “Touch Point Cabinet Away Day 2017 - Fasa 1 yang melibatkan 5 Dewan Undangan Negeri Perlis. Di samping itu juga menurut beliau PTSS turun padang kali ini sebagai menyahut seruan Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar Perlis dalam Perhimpunan Bulanan Pentadbiran Negeri Perlis yang meminta semua Ketua-Ketua Jabatan di Negeri Perlis turun padang membantu masyarakat yang memerlukan.
Katanya lagi, dalam program yang dinamakan “Touch Point Cabinet Away Day 2017-Fasa 2” pada 6-8 Januari 2018 dan 13-15 Januari 2018 baru-baru ini, pelajar didedahkan dengan membaik pulih pendawaian usang, pemasangan lampu, soket dan kipas. Bagi kerja-kerja awam, pelajar didedahkan dengan membaik pulih lantai simen dan bumbung rumah penduduk kampung yang rosak. Semua aktiviti dan kerja-kerja yang dijalankan dipantau oleh pensyarah yang terlibat mempunyai kemahiran dalam bidang berkenaan.
Matlamat utama program ini ialah untuk meningkatkan impak sosial melalui perkongsian pengalaman dan kepakaran pelajar dalam bidang TVET kepada isi rumah yang terlibat dengan projek ini dan keberhasilan yang disasarkan adalah peningkatan kualiti kehidupan golongan sasaran. Di samping itu juga program ini bertujuan untuk menggalakkan pelajar PTSS terlibat dalam aktiviti kesukarelawan dan juga membuka peluang kepada pelajar PTSS untuk berkhidmat kepada masyarakat yang memerlukan bantuan.
Menurut Dr. Mohd Zahari Ismail, Pengarah PTSS lagi, “Program ini adalah untuk memupuk semangat keperihatinan pelajar PTSS terhadap penduduk setempat dan sekali gus membina hubungan antara pelajar PTSS dengan masyarakat di Parlimen Kangar”. Menurut beliau, kerja-kerja baik pulih yang akan dilaksanakan melibatkan kerja-kerja pendawaian elektrik dan kerja-kerja awam.
“Seramai 72 orang pelajar PTSS dari Jabatan Kejuruteraan Elektrik, Jabatan Kejuruteraan Mekanikal dan Jabatan Rekabentuk dan Komunikasi Visual dan juga pensyarah serta kakitangan terlibat dengan program yang diadakan ini bagi kali kedua bersama peruntukan yang diberikan oleh ICU dan JPM bagi melaksanakan aktiviti khidmat sosial TVET membabitkan kerja membaik pulih rumah penduduk yang usang iaitu golongan sasar yang terdiri penduduk miskin dan kurang berkemampuan”, katanya.
30 KAKITANGAN PTSS SERTAI PERTANDINGAN BOWLING PERSAHABATAN
Seramai 30 orang kakitangan PTSS menyertai pertandingan bowling persahabatan yang berlangsung di Perlis Bowl, Kangar di sini baru-baru ini.
Pengarah PTSS, Dr. Mohd Zahari Ismail berkata, “Pertandingan ini antara usaha pihaknya untuk mengeratkan lagi perpaduan di kalangan kakitangan PTSS selain menghilangkan tekanan beban tugas di pejabat”. Tambah Dr. Mohd Zahari, selain itu perlawanan tersebut juga diyakini untuk menaikkan semula semangat kerja berpasukan di kalangan kakitangan.
“Perlawanan persahabatan ini juga telah mengangkat satu lagi kehebatan PTSS kerana meskipun dijalankan dalam suasana santai, namun dalam semangat kesukanan yang tinggi.”
“Usikan sesama rakan sepanjang perlawanan ini membuktikan mereka berupaya bekerja secara berpasukan demi mencapai misi politeknik sebagai peneraju Latihan Kemahiran Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) di negara ini,” katanya ketika berucap pada pertandingan tersebut baru-baru ini.
Tambah Dr. Mohd Zahari, pencapaian keseluruhan PTSS pada tahun lepas (2017) adalah terbaik dan cemerlang. Kata beliau, antara aktiviti-aktiviti besar dan mencabar yang dilakukan termasuklah Program CSR iaitu “Let Us Fix It” dan Amal Ride Padang Besar Hat Yai,Thailand, “International Conference On Research In TVET Studies” (ICOR-TVET) dan “Knowledge Exchange Thailand” iaitu “Foot Massage” dan “Soap Making” yang diadakan di Pauh Inn, PTSS dengan kerjasama dari Raja Manggala University Of Technology Thanyaburi (RMUTT), Thailand, pelajar PTSS diberikan peluang menjalani Latihan Industri di Thailand dan Qatar, pelajar-pelajar PTSS menyertai Asian English Olympics di Jakarta, Aiman Syamil Azmi, pelajar PTSS dari Jabatan Pelancongan dan Hospitaliti mewakili Malaysia ke Asean Skills Competition dan lain-lain lagi.
Pertandingan bowling tersebut telah dimenangi oleh pasukan yang diwakili oleh Mazrul Hisyam Mat Ali dan Ros Mina Bahari. Hadiah telah disampaikan oleh Dr. Mohd Zahari Ismail, Pengarah PTSS kepada para pemenang. Turut serta hadir ialah Roseliza Dato’ Shaari, Timbalan Pengarah Akademik dan Jamazuki Othman, Timbalan Pengarah Sokongan Akademik.
Tarikh | Bil. Minggu | Aktiviti | Latihan Industri (LI) / Work Based Learning (WBL) |
SESI I : 2024/2025 | |||
29/07/24 - 04/08/24 | 1 | Pendaftaran Pelajar Baharu / Aktiviti Suai Kenal | LI / WBL * 14/15 Julai 2024 - 28/29 November 2024 (20 minggu) Penilaian LI (Kejuruteraan sahaja) 01/02 Disember 2024 - 12/13 Disember 2024 (2 minggu) |
05/08/24- 15/09/24 | 6 | Kuliah | |
16/09/24 - 22/09/24 | 1 | Cuti Pertengahan Semester | |
23/09/24 - 17/11/24 | 8 | Kuliah | |
18/11/24 - 22/11/24 | 1 | Minggu Ulang Kaji | |
23/11/24 - 15/12/24 | 3 | Peperiksaan Akhir Semester | |
16/12/24 - 12/01/25 | 4 | Cuti Akhir Semester | |
SESI II : 2024/2025 | |||
06/01/25 - 12/01/25 | 1 | Pendaftaran Pelajar Baharu / Aktiviti Suai Kenal | LI / WBL * 05/06 Januari 2025 - 22/23 Mei 2025 (20 minggu) Penilaian LI (Kejuruteraan sahaja) 25/26 Mei 2025 - 05/06 Jun 2025 (2 minggu) |
13/01/25 - 16/02/25 | 5 | Kuliah | |
17/02/25 - 23/02/25 | 1 | Cuti Pertengahan Semester | |
24/02/25 - 30/03/25 | 5 | Kuliah | |
31/03/25 - 06/04/25 | 1 | Cuti Perayaan |
|
07/04/25 - 04/05/25 | 4 | Kuliah | |
05/05/25 - 09/05/25 | 1 | Minggu Ulang Kaji | |
10/05/25 - 01/06/25 | 3 | Peperiksaan Akhir Semester | |
02/06/25 - 03/08/25 | 9 | Cuti Akhir Semester | |
SESI I : 2025/2026 | |||
28/07/25 - 03/08/25 | 1 | Pendaftaran Pelajar Baharu / Aktiviti Suai Kenal |
* Tertakluk kepada hari bekerja industri
WARGA PTSS BANTAH BAITULMUQADDIS SEBAGAI IBUNEGARA ISRAEL
Arau – “Warga PTSS membantah sekeras-kerasnya Baitulmuqaddis dijadikan ibunegara Israel”, Dr Haji Mohd Zahari Ismail, Pengarah PTSS berkata demikian dalam ucapannya dalam Perhimpunan Bulanan PTSS baru-baru ini di Dewan Kuliah Utama, Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin,Perlis. Menurut beliau lagi, sebagai orang Islam kita seharusnya menentang Israel yang menjadikan salah satu tempat suci umat Islam sebagai ibunegaranya kerana Baitulmuqaddis sebenarnya adalah tanah hak rakyat Palestin dan juga hak umat Islam sejagat.
Sehubungan itu, beliau menyeru seluruh rakyat Malaysia agar bersatu dalam memberi tekanan ekonomi seperti memboikot sebarang produk atau keluaran mana-mana negara yang mempunyai hubung kait dengan Israel. Beliau berkata demikian dalam perhimpunan bulanan kali terakhir bagi tahun 2017 bagi PTSS.
Beliau juga turut merakamkan ucapan terima kasih kepada warga PTSS yang telah berjaya mengharumkan nama PTSS dalam tahun 2017 ini. Menurut beliau lagi antara pencapaian membanggakan ialah pelajar PTSS, Aiman Syamil Azmi mewakili Malaysia ke ASEAN Skills Competition dan mendapat Pingat Emas, 65 kolaborasi berjaya dilaksanakan bersama industri dan institut pendidikan tinggi sama ada dalam mau pun luar negeri dan 7 program pengantarabangsaan yang melibatkan negara Indonesia dan Thailand.
Dalam majlis yang sama beliau turut menyampaikan Anugerah Khas Pekerja Terbaik Bulanan dan melancarkan Tabung Perihatin Rakyat Palastin bagi membantu rakyat Palestin yang sering ditindas oleh pihak Israel.Kutipan derma tersebut akan disalurkan kepada Aman Palestin.Turut hadir dalam majlis yang diadakan ini ialah Timbalan Pengarah Akademik PTSS, Roseliza Dato’Shaari , Timbalan Pengarah Sokongan Akademik , Jamazuki Othman dan Norlili Juwita Arshad, Ketua Jabatan Pelancongan dan Hospitaliti selaku tuan rumah Perhimpunan Bulanan di PTSS. Seramai lebih 400 orang pensyarah, pegawai dan kakitangan PTSS hadir dalam perhimpunan ini.
PEMIMPIN PERLU MENJADI IKON PELAJAR
Arau – “Pemimpin perlu menjadi icon pelajar dan bakal pemimpin perlu tunaikan dan jalankan amanah seperti yang dijanjikan dalam manifesto pilihanraya”, Dr Mohd Zahari Ismail, Pengarah Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin,Perlis berkata demikian dalam ucapan beliau kepada bakal pemimpin pelajar sebelum mengumumkan keputusan Pilihanraya Kampus Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin,Perlis (PTSS) bagi tahun 2018 yang telah diadakan. Menurut beliau lagi, pemimpin pelajar perlulah menyokong sistem yang diamalkan di politeknik dan janganlah memberikan masalah kepada sistem politeknik tetapi pemimpin pelajar seharusnya membantu meningkat imej politeknik dan menjaga kebajikan pelajar.
Piliharaya ini telah berjaya dilaksanakan dengan jayanya pada 20 Disember 2017 yang lalu. Proses pengundian berlangsung di Dewan Harumanis ,PTSS bermula jam 8.00pagi dan berakhir pada jam 4.00petang.Pilihanraya ini diadakan bertujuan untuk memilih wakil untuk Majlis Perwakilan Pelajar PTSS bagi tahun 2018. Seramai 27 orang calon bertanding bagi menjadi wakil dalam Majlis Perwakilan Pelajar PTSS 2018. 27 orang calon yang bertanding tersebut adalah wakil dari pelbagai jabatan di PTSS.Seramai 2910 orang pengundi yang layak telah mengundi dalam pilihanraya yang telah diadakan.
Pada pilihanraya kali ini pihak Jabatan Hal Ehwal Pelajar telah mengunakan Sistem E-Vote bagi memudahkan pengundian dijalankan.Pilihanraya telah diadakan serentak diseluruh politeknik di Malaysia. Mohd Ruslan Salikin, Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar PTSS, berkata, “Pilihanraya kampus yang diadakan ini merupakan Pilihanraya Kampus yang paling berjaya diadakan dengan peratusan keluar mengundi antara yang paling tinggi diantara Politeknik Malaysia iaitu 94.50 peratus daripada jumlah pelajar yang layak mengundi 2910 orang.Ini menunjukkan kesedaran tentang tanggungjawab pelajar untuk mengundi semakin meningkat”.Menurut beliau lagi, pilihanraya ini didominasi dengan calon lelaki yang bertanding paling ramai iaitu 18 orang manakala calon wanita hanya 9 orang sahaja untuk mengisi kekosongan 21 tempat Exco dalam Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) dengan 2 lagi diisi secara oleh pihak politeknik.
Keputusan Pilihanraya Kampus PTSS 2018 telah diketahui pada tepat jam 4.30 petang pada hari berkenaan
STMIK BUDIDARMA INGIN JALIN KERJSAMA DENGAN PTSS
Arau – “Sekolah Tinggi Manajemen Informatika dan Komputer (STMIK BUDIDARMA), Medan, Indonesia ingin bekerjasama dalam bidang informasi dan komputer dengan Politeknik Tuanku Syed Sirajudin,Perlis.Pihak STMIK Budidarma juga ingin mengadakan program kemasyarakatan bersama, sama ada di Indonesia mau pun di Malaysia” kata Muhammad Syahrizal Abdul Salam yang mewakili Pengarah, STMIK Budidarma, Medan, Indonesia.
Menurut beliau lagi, STMIK Budidarma turut menawarkan kerjasama untuk mengadakan seminar peringkat antara bangsa dengan PTSS di Medan Indonesia. Katanya lagi bidang pengajian yang ada di PTSS mempunyai banyak persamaannya dengan STMIK Budidarma kerana mereka turut menawarkan pengajian diperingkat diploma dalam informasi dan komputer. Beliau berkata demikian dalam lawatannya bersama 15 orang pelajar dan 3 orang pensyarah di PTSS hari ini.
Timbalan Pengarah Akademik, Roseliza Dato’ Shaari dalam ucapan balasnya berkata, “sewajarnya, kedua-dua belah pihak berkongsi kepakaran dan pengetahuan khususnya dalam memajukan pendidikan dalam mencapai hasrat kerajaan untuk memajukan Industri 4.0”. Menurut beliau lagi, seharusnya kepakaran yang ada antara dua institusi ini dikongsi bersama dalam memajukan sistem pendidikan dikedua-dua negara yang berjiran.
Turut hadir Pegawai Pengantarabangsaan PTSS, Azlida Ahmad, Rosnizam Kamis,Pegawai Hal Ehwal Pelajar PTSS dan ahli-ahli mesyuarat pengurusan PTSS. Dalam sesi taklimat yang disampaikan Roseliza, rombongan itu diberi pendedahan mengenai politeknik ,bidang pengajian yang ditawarkan, prasarana disediakan seperti kemudahan pembelajaran dan keistimewaan di PTSS.
Mereka juga turut dibawa melawat ke Jabatan Teknologi Maklumat dan Jabatan Rekabentuk dan Komunikasi Visual,PTSS. Rombongan ini berada di Perlis mualai semalam selama 3 hari dan esoknya mereka akan dibawa melawat ke Galeri Diraja Istana Arau, Muzium Kota Kayang dan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis seterusnya ke Kuala Lumpur.
Jawatan | Nama | Sambungan No. Telefon |
E-mel ( @ptss.edu.my ) |
PENGURUSAN TERTINGGI | |||
Pengarah | Ts. Khairul Anuar bin Ishak | 6211 / 6213 | khairulanuar |
Timbalan Pengarah (Akademik) | Dr. Isyati binti Suparman | 6292 | isyati |
Timbalan Pengarah (Sokongan Akademik) | En. Muhammad Khairul Ezad bin Sulaiman | 6222 | khairulezad |
Setiausaha Pejabat Pengarah | Pn. Norasikin binti Rusley | 6212 | norasikin |
BAHAGIAN AKADEMIK | |||
Ketua Jabatan Kejuruteraan Mekanikal | Ts. Mohd Khairi Haslamia bin Mat Ripin | 6288 | mkhairi |
Ketua Jabatan Kejuruteraan Elektrik | En. Azman bin Mat Hussin | 6233 | azman |
Ketua Jabatan Perdagangan | En. Abdul Hasnal bin Abdullah | 6255 | abdulhasnal |
Ketua Jabatan Rekabentuk dan Komunikasi Visual | Pn. Nor Fa'alina binti Abu Hassan | 6366 | faalina |
Ketua Jabatan Pelancongan dan Hospitaliti | Pn. Siti Zauyah binti Abu Bakar | 6264 | sitizauyahab |
Ketua Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi | Pn. Hawariyah binti Rahim | 6299 | hawariyah |
Ketua Jabatan Matematik, Sains dan Komputer | En. Mohammad Syahadan bin Maksom | 6399 | syahadan |
Ketua Jabatan Pengajian Am | Ust. Mohd Fadhil bin Aziz | 1653 | mfadhilaziz |
Ketua Jabatan Sukan, Kokurikulum, Kebudayaan dan Warisan | En. Johanis bin Mohd Jamil | 6356 | johanis |
Ketua Unit Perhubungan dan Latihan Industri | En. Hafiz Reza bin Haron | 6244 | hafizreza |
Ketua Unit Peperiksaan | En. Mohd Khairudin bin Saidina Omar | 6388 | khairudin |
Ketua Unit Penyelidikan, Inovasi dan Komersilan | Dr. Rashdan bin Rashid | 6242 | rashdanrashid |
Ketua Unit CISEC | Dr. Muhamad Saufiyudin bin Omar | 6214 | saufiyudin |
Ketua Unit Pengurusan Pembangunan Kecemerlangan Akademik | Pn. Asmiza binti Osman | 6252 | asmiza |
Ketua Unit Teknologi dan Multimedia | Pn. Anis Safinaz binti Ramli | 6368 | anissafinaz |
Ketua Unit Pengurusan Pengantarabangsaan | Pn. Mime Azrina binti Jaafar | 6297 | mimeazrina |
BAHAGIAN SOKONGAN AKADEMIK | |||
Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar | Pn. Mahirah binti Rafie | 6202 | mahirah |
Ketua Unit Pengurusan Psikologi | Pn. Wan Kamariah binti Wan Mat | 6208 | kamariah |
Ketua Unit Pusat Data dan Teknologi Maklumat | Pn. Yuslina binti Salleh | 6348 | yuslinasalleh |
Ketua Unit Pembangunan dan Penyelenggaraan | En. Muhammad Lokman Haqim bin Hussin | 6333 | lokmanhaqim |
Ketua Unit Pusat Sumber | Pn. Norhamiza binti Mohamad Hanopiah | 6377 | norhamiza |
Ketua Unit Latihan dan Pendidikan Lanjutan | En. Mohd Awaludin bin Mohamed Bashir | 6379 | awaludin |
Ketua Unit Pembangunan Instruksional dan Multimedia | En. Mohamad Naaim bin Md Zain | 6380 | mohamadnaaim |
Ketua Unit Keusahawanan | Pn. Azlini binti Awang | 6251 | azlini |
Ketua Unit Kediaman Pelajar | En. Mazrul Hisyam bin Mat Ali | 6285 | mazrul |
Ketua Unit Pengurusan Operasi, Pentadbiran dan Kewangan | Pn. Dahalia binti Dahalan | 6311 | dahalia |
Ketua Unit Pengurusan Persekitaran Bersepadu | Pn. Jamilah binti Hussain | 6252 | jamilah |
Ketua Unit Pengurusan Infrastruktur Sokongan | En. Yusdi bin Ismail | 6264 | yusdi |
BAHAGIAN KOMUNIKASI DAN HUBUNGAN KORPORAT | |||
Ketua Bahagian Komunikasi dan Hubungan Korporat | En. Hasnizam bin Hasan | 6274 | hasnizam |
Pegawai Perhubungan Awam | Pn. Siti Anisah Sulaiha binti Muhamad Radzi | 6228 | sitianisah |
BAHAGIAN GOVERNAN DAN KECEMERLANGAN |
|||
Ketua Bahagian Governan dan Kecemerlangan | Pn. Norlili Juwita binti Arshad | 6200 | norlili |
Ketua Unit Jaminan Kualiti | Pn. Laila binti Musa | 1056 | laila |
Ketua Unit Pengurusan Risiko | Pn. Nor Aidawati binti Nor Khalim | 6395 | aidawati |
Ketua Unit Perancangan Strategik | Pn. Rosliah binti Abu Bakar | 1808 | rosliahabubakar |
Ketua Unit Kecemerlangan Bakat | En. Razak bin Nordin | 6200 | razaknordin |
E-mel Rasmi Kakitangan (MyGovUC 3.0)
Sistem Aduan Kerosakan (UPP2U)
Sistem Koleksi Maklumat (KOLAM)
Sistem Pengurusan Maklumat Politeknik (SPMP)
Sistem Pemantauan Operasi Tugas (SPOT-Me)
Sistem Pengurusan Maklumat Sumber Manusia (HRMIS 2.0)
Sistem e-Penyata Gaji dan Laporan (eSPGL)
Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin (PTSS) adalah tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan mana-mana maklumat dari laman sesawang ini.
Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin
Pauh Putra, 02600 Arau, Perlis
Telefon : 604 988 6200
Faks : 604 988 6300
E-mel : info[at]ptss.edu.my