PROGRAM / AKTIVITI

29 - 30 April 2025
Innovation, Project Presentation & Exhibition (iProPEx) 2025
Dewan Harumanis PTSS

 

TENDER / SEBUT HARGA

Sample Data-Articles

SEMARAK RAMADHAN 1438 HIJRAH

Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin, Perlis (PTSS) telah mengadakan Semarak Ramadan 1438 Hijrah bertempat di Pusat Islam Luqman Al Hakim, PTSS pada 19 Jun 2017 pada jam 6.30 petang hingga 8.00 malam. Majlis ini dianjurkan oleh Jabatan Hal Ehwal Pelajar dan Pusat Islam Luqman Al-Hakim, PTSS.

Pengisian program ini ialah penyampaian zakat kepada 45 orang pelajar PTSS dari keluarga yang kurang berkemampuan. Sumbangan ini diberikan oleh Bank Islam Malaysia Berhad, penyerahan barang-barang dapur kepada 31 keluarga yang kurang berkemampuan di sekitar kawasan Ulu Pauh di mana sumbangannya daripada derma pegawai dan kakitangan PTSS sendiri dan juga Majlis Berbuka Puasa Bersama Pegawai dan Kakitangan dan juga pelajar PTSS sendiri.

Menurut Setiausaha, Pusat Islam Luqman Al Hakim, PTSS, Nadzri Che Kamis, "Bantuan yang diberikan ini ialah bagi membantu pelajar PTSS yang kurang berkemampuan dalam meneruskan pelajaran di politeknik di samping meringankan beban kewangan yang terpaksa ditanggung mereka dalam menyambut hari lembaran yang akan tiba nanti". Menurut beliau lagi, "Sumbangan ini bukan sahaja untuk pelajar malah warga PTSS sendiri turut menyumbang membantu masyarakat setempat yang memerlukan bantuan untuk persediaan menyambut Hari Raya Aidilfitri yang akan menjelang tiba tak lama lagi".

Pengarah PTSS, Dr Mohd Zahari Ismail pula berkata, "Saya merakamkan ucapan terima kasih kepada Bank Islam Malaysia Berhad kerana memberikan sumbangan wang bantuan ini dalam membantu pelajar PTSS yang kurang berkemampuan. InsyaAllah kita akan membantu setakat yang terdaya untuk meringankan bebanan mereka. Dengan adanya program bantuan seperti ini diharapkan ia akan dapat membantu meringankan bebanan kewangan yang dihadapi oleh pelajar dan masyarakat setempat sempena hari lembaran yang akan tiba tak lama lagi". Beliau juga berharap aktiviti seperti ini akan diteruskan dan pihak politeknik akan bekerjasama untuk mencari pelajar-pelajar lain yang layak untuk diberikan bantuan seperti ini dan juga kepada masyarakat setempat.

Penyerahan bantuan tersebut dilakukan di Pusat Islam Luqman Al Hakim, PTSS oleh Dr Hj Mohd Zahari Ismail sendiri.

Arau – Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin,Perlis (PTSS)  telah mengadakan  “PTSS Innovation and Competition 2016” (INNOCOM) pada 21 September 2016 yang lalu dimana ianya merupakan Pertandingan Inovasi Peringkat Negeri Perlis yang pertama kali  diadakan oleh PTSS bertempat di Dewan Harumanis , PTSS.

 

Menurut Pengarah Program Dr Dzulkarnain Musa , “ INNOCOM  buat kali pertama ini telah telah mendapat sambutan hangat dengan 96 penyertaan dari institusi pengajian tinggi awam dan sekolah termasuk juga penyertaan dari kumpukan pelajar antarabangsa”Katanya lagi, beliau berasa amat gembira dengan bilangan penyertaan yang melebihi sasaran awal beliau iaitu 46 penyertaan.Ini menunjukan bahawa para pelajar dan pensyarah sekarang amat berminat untuk menghasilkan rekaan dan inovasi terkini selaras dengan matlamat kerajaan untuk melahirkan budaya inovasi dikalangan generasi muda.

 

 

 

 

 

 

Beliau juga merakamkan ucapan terima kasih atas sokongan Jabatan Pendidikan Politeknik dalam menjayakan INNOCOM kali ini bagi menjadikan aktiviti inovasi sebagai nadi penggerak dalam melahirkan modal insan berkualiti dan kreatif dalam usaha melahirkan rekacipta terbaru serta terkini yang boleh digunapakai dalam proses pengajaran dan pembelajaran dan juga memudahkan proses kerja dan aktiviti teknikal dalam penghasilan produk terbaru.

 

Perasmian Penutupan INNOCOM ini telah dibuat oleh Pengarah MARA Negeri Perlis, Zahari Aziz. Dalam ucapan penutupannya  beliau mempelawa kumpulan peserta yang bertanding untuk membuat pembentangan projek kepada pihak MARA. Katanya lagi, kumpulan yang berjaya menyakinkan produk mereka , pihak MARA sendiri akan membantu mereka untuk mengkomersialkan produk mereka ke peringkat antarabangsa. Menurut beliau lagi, MARA juga turut menyediakan geran penyelidikan untuk menghasilkan inovasi terkini yang boleh dikomersialkan.Pelajar-pelajar digalak untuk mencari idea untuk menjana pendapatan sendiri berasaskan produk inovasi yang dihasilkan.

 

INNOCOM  kali ini dibahagikan kepada tiga kategori iaitu pengajaran dan pembelajaran ,proses dan teknikal. Bagi kategori pengajaran dan pembelajaran  telah dimenangi oleh PTSS dengan tajuk “Cyber Notes Using Mobile” , kategori proses oleh PTSS juga dengan tajuk” Polyinterns” dan kategori teknikal dimenangi oleh Institut Kemahiran Belia Negara, Kuala Perlis dengan tajuk “Intelligent Stand  of Tyre Air Gun”. Hadiah telah disampaikan oleh Pengarah MARA Perlis.

 

Turut hadir dalam Majlis Perasmian Penutup tersebut ialah Roseliza Dato’ Shaari , Timbalan Pengarah Akademik PTSS dan Jamazuki Othman, Timbalan Pengarah Sokongan Akademik PTSS

Arau – Jabatan Hal Ehwal Pelajar Politeknik Tuaku Syed Sirajuddin (PTSS), Perlis dengan kerjasama Hospital Tuanku Fauziah, Kangar telah menganjurkan Program Derma Darah. Program ini telah diadakan pada 28 Januari 2016 yang lalu bertempat di Bilik Kuliah 1-1.8. Program ini bermula pada jam 10:00 pagi hingga 3:00 petang.

Program ini mendapat perhatian warga PTSS, seramai 90 kakitangan dan pelajar terlibat dalam program ini. Program derma darah ini secara tidak langsung memberi ruang serta peluang bagi warga PTSS untuk bersama-sama membantu sekaligus menyelamatkan nyawa mereka yang memerlukan.

Keperihatinan warga PTSS dalam usaha membantu dari segi menderma darah amatlah mulia. Melalui program seperti ini kemungkinan besar dapat membantu mereka yang memerlukan sekaligus menyelamatkan nyawa.

“Derma Darah Semulia-mulia Sedekah” itulah kata-kata yang perlu disematkan dalam diri.

Arau - Pada 6 Mac 2016, Jabatan Penerangan Perlis, dan Jabatan Penerangan Malaysia, Putrajaya dengan kerjasama Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin,Perlis (PTSS) telah  mengadakan satu program yang dinamakan sebagai Program Jalinan Kasih Kampung Baru FELDA Ulu Pauh, Perlis.

 

Program ini juga disertai oleh Datin Seri Noor Aswana Omar isteri kepada YAB Dato’ Seri Menteri Besar Perlis. Objektif program ini adalah untuk membantu meringan beban yang dihadapi oleh penduduk Kampung Baru FELDA, Ulu Pauh, Perlis. Bantuan telah disampaikan oleh Datin Seri Noor Aswana Omar kepada 10 orang penduduk yang kurang  berkemampuan.Turut serta menyertai semasa penyampaian bantuan tersebut ialah Ariah Judah,Timbalan Pengarah, Bahagian Gerak Saraf, Jabatan Penerangan,Malaysia, Ku Ismail Ku Yahya, Pengarah Penerangan Perlis dan Rosnizam Kamis, Pegawai Hal Ehwal Pelajar PTSS.

PAUTAN 1L5G UNTUK PELAJAR YANG AKAN BERGRADUAT

Untuk makluman bagi pelajar PTSS yang akan bergraduat yang memerlukan akses ke 1L5G sila klik SINI


 

SANTAI ORANG KAMPUNG 2017 •Games ¦ Talkshow ¦ Sales•

Jangan lupa datang berama-ramai untuk memeriahkan lagi Santai Orang Kampung 2017 ini dimana di sini pelbagai aktiviti jiwa kampung akan dipertandingkan. Hat mana yang muda remaja yang lama tak main game masa hampa kecik-kecik tu boleh la main di Santai Orang Kampung ni nanti.

  • Tarikh : 14-15 March 2017
  • Jam  : 9.00 pagi hingga 11.00 malam
  • Tempat : Perkarangan Dewan Harumanis PTSS

Aktiviti menarik seperti :

  1. Pertandingan Tuju Tin
  2. Pertandingan Mewarna kanak=kanak
  3. Galah Panjang
  4. Kukoq Nyoq
  5. Gubahan Sejadah
  6. Sumpit Belon
  7. Bola Kampung
  8. Gusti Lengan
  9. Pertandingan Makan Makanan Tradisional
  10. Musang Berjanggut
  11. Talkshow Malam Lepak Dai' Saiful & Dai' Syed.

Pelbagai hadiah lumayan dan cabutan bertuah menanti anda.

Anjuran : Warisan Management (Diploma Pengurusan Acara DEV5B)

#sok17 #savethedate #dev #jph #ptss #devrian #uum #politeknik #soaring

 

Assalamualaikum & salam sejahtera, kami daripada Diploma Pengurusan Acara Semester 6 Jabatan Pelancongan Dan Hospitaliti akan menganjurkan Program K-Choh Festival pada 13-15 Mac 2017. Justeru itu, kami ingin menjemput tuan/puan untuk hadir bagi memeriahkan lagi festival yang akan berlangsung.

Objektif Kualiti

PENAFIAN

Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin (PTSS) adalah tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan mana-mana maklumat dari laman sesawang ini.

Dasar Privasi  •  Dasar Keselamatan

HUBUNGI KAMI

Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin
Pauh Putra, 02600 Arau, Perlis

Telefon : 604 988 6200

Faks : 604 988 6300

E-mel : info[at]ptss.edu.my