PROGRAM / AKTIVITI

29 - 30 April 2025
Innovation, Project Presentation & Exhibition (iProPEx) 2025
Dewan Harumanis PTSS

 

TENDER / SEBUT HARGA

Sample Data-Articles

BAKTI SISWA KELAB JABATAN PERDAGANGAN (JP) POLITEKNIK TUANKU SYED SIRAJUDDIN (PTSS)

BALING, 17 September 2017 - Bertepatan dengan matlamat untuk melahirkan pelajar yang bukan sahaja cemerlang dalam bidang akademik tetapi juga aktif dan komited dalam mengendalikan aktiviti, Kelab Jabatan Perdagangan menyahut cabaran tersebut dengan menganjurkan Program Jalinan Ukhwah Baktisiswa JP PTSS 2017. Seramai 39 orang pelajar Jabatan Perdagangan menyertai program ini yang telah dijalankan di Kampung Charuk Puteh dan Kampung Surau, Baling, Kedah.

Menurut Hisham Ahmad Firdaus selaku Pengarah Program, adalah diharapkan menerusi program seumpama ini, bukan sahaja dapat menambah kecemerlangan akademik pelajar melalui lawatan keusahawanan tetapi juga dapat merapatkan lagi silaturrahim di kalangan pelajar dan masyarakat. Peluang untuk bersama dengan masyarakat seperti ini diharap dapat dimanfaatkan sebaik-baiknya oleh peserta program. Pelbagai aktiviti menarik telah diadakan sepanjang program seperti lawatan ke Ladang Madu Kelulut, Projek Homestay Desa Lestari Ulu Legong, Sesi Motivasi oleh Pembimbing Rakan Sebaya, sukaneka dan gotong-royong di masjid dan surau. Bagi Penyelaras Program iaitu Encik Mohd Nizam pula percaya program yang telah disusun ini mampu dijadikan sebagai satu wadah untuk mencetuskan idea dan strategi terbaik ke arah peningkatan diri sebagai pelajar yang cemerlang. Maka program ini diharapkan menjadi pemangkin bagi melahirkan graduan yang dinamik, berketrampilan serta berdaya saing dan menjadi penyumbang ke arah kemajuan negara di masa hadapan.

  

    

 

PENGENALAN

Unit Jaminan Kualiti (UJK) bertanggungjawab dalam memastikan pelaksanaan Sistem Pengurusan Kualiti (SPK) di Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin dilaksanakan secara berterusan dan berkesan.

 

FUNGSI

  1. Sumber rujukan utama dalam pelaksanaan SPK di Politeknik.
  2. Merancang, menyelaras, melaksana dan memantau SPK agar selaras dengan keperluan standard yang telah dikuatkuasakan.
  3. Merancang, menyelaras dan melaksana kursus, bengkel dan taklimat dalam aspek SPK.

 

CARTA ORGANISASI

Carta Organisasi UJK PTSS

 

MAKLUMAT KAKITANGAN

Bil. Nama Jawatan Samb. No. Telefon
( 04 988 6200 )
E-mel
( @ptss.edu.my )
1 Nor Azira binti Md Yusof Ketua Unit 1056 norazira
2 Anis Nadya binti Che Ahmad Setiausaha 1657 anisnadya
3 Farihan Elyana binti Zahari Ketua Pegawai Akreditasi 1057 farihan
4 Suzilawati binti Iberahim Pegawai CQI 6287 suzilawatii
5 Shukeri bin Mohamad Ros Ketua Penyelaras Pengurusan Kualiti 6200 shukeri
6 Hamdan bin Zakaria Ketua Juruaudit Dalaman 6274 hamdanzakaria
7 Nurulhuda binti Hanzah Penyelaras Kurikulum 1864 huda
8 Sajamoon A/P Boon Chooi Pegawai Pengurusan Kualiti 6210 sajamoon
9 Norhasyila binti Minhat Pegawai Akreditasi MQA 6251 norhasyila
10 Farida binti Othman Pegawai Akreditasi ETAC 6234 faridaothman
11 Mazidah binti Mohamed Hashim Pegawai Akreditasi MBOT 6365 mazidahmh

PENGENALAN

Unit Pusat Data dan Teknologi Maklumat (ITDC) berperanan memberi perkhidmatan ICT untuk aktiviti pengurusan, pengajaran dan pembelajaran di Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin. Di antara skop tugas dan tanggungjawab ITDC ialah:

  1. Pengurusan Sistem Rangkaian Kampus
  2. Pengurusan Penyelenggaraan Peralatan ICT
  3. Pengurusan Sistem Pengurusan Maklumat Politeknik (SPMP)
  4. Pengurusan Sistem Aduan ICT (UTMK2U)
  5. Pengurusan Laman Sesawang Rasmi PTSS
  6. Pengurusan E-mel Rasmi Kakitangan (MyGovUC 3.0)
  7. Pengurusan Bilik Server
  8. Pengurusan Aset ICT
  9. Pengurusan Perolehan ICT
  10. Pengurusan Infrastruktur Kekunci Utama Kerajaan (GPKI)
  11. Pengurusan Projek ICT
  12. Pengurusan Sokongan Teknikal Bagi Sistem dan Aplikasi Lain

 

CARTA ORGANISASI

Carta Organisasi ITDC PTSS

 

MAKLUMAT KAKITANGAN

Bil. Nama Jawatan Samb. No. Telefon
( 04 988 6200 )
E-mel
( @ptss.edu.my )
1 Yuslina binti Salleh Ketua Unit 6348 yuslinasalleh
2 Nor Hafizah binti Khadzir Pegawai Teknologi Maklumat 6346 norhafizah
3 Suria binti Shaari Pegawai Teknologi Maklumat 6349 suria
4 Saifulazmi bin Tayib Pegawai Teknologi Maklumat 6345 saifulazmi
5 Azlina binti Mohd Dzuki Penolong Pegawai Teknologi Maklumat 1502 azlina.md
6 Sasnidar binti Yusri Penolong Pegawai Teknologi Maklumat 1501 sasnidar
7 Mohamad Khalis bin Mohamad Khairi Penolong Pegawai Teknologi Maklumat 6347 khalis
8 Mohamad Razali bin Mohamad Ismail Penolong Pegawai Teknologi Maklumat 1504 razali
9 Muhamad Kamalhamdy bin Kamaludin Penolong Pegawai Teknologi Maklumat 1507 kamal
10 Mohamad Khairul Fazmi bin Jamaludin Penolong Pegawai Teknologi Maklumat 1503 fazmi
11 Nurul Fara binti Noor Azman Raman Penolong Pegawai Teknologi Maklumat 1508 fara
12 Ridzuan bin Yaakob Penolong Pegawai Teknologi Maklumat 1508 ridzuan
13 Zuraidah binti Ghazali Penolong Pegawai Teknologi Maklumat 6348 zuraidahghazali
14 Mohd Rifaiz bin Mohd Razali Juruteknik Komputer 6348 rifaiz

Disediakan oleh: SABA #negaraku

Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin, Perlis (PTSS) pada 23 Mei 2017 yang lalu telah mencipta sejarah apabila dilancarkan penubuhan Northern Entrepreneuship Centre (NEC@PTSS) yang telah diadakan bertempat di Dewan Kuliah Utama, Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin,Perlis (PTSS). Pelancaran tersebut telah disempurnakan oleh Timbalan Ketua Pengarah(Strategik), Jabatan Pendidikan Politeknik(JPP), Shabudin Man. NEC@PTSS merupakan pusat keusahawanan pertama yang ditubuhkan di Zon Utara dan secara tidak langsung NEC@PTSS menjadi peneraju keusahawanan politeknik di Zon Utara.

Shabudin berkata, "Penubuhan NEC@PTSS ini ialah untuk mengembangkan lagi fungsi PTSS dalam bidang keusahawanan khususnya melibatkan komuniti setempat maka pada hari ini tibalah masanya untuk PTSS bersama-sama berganding bahu menyediakan platform atau 'hub' kepada pengusaha untuk memasarkan produk mereka melalui NEC@PTSS. Melalui platform ini, pengusaha perlu mengambil kira aspek pembungkusan dan pelabelan di dalam produk mereka untuk dipasarkan di NEC@PTSS".

Katanya lagi, "Objektif penubuhan NEC@PTSS ini adalah untuk mewujudkan ekosistem keusahawanan yang kompetitif bermula dari pendedahan perniagaan kepada pelajar, pengetahuan dan latihan kepada staf dan seterusnya membantu usahawan IKS setempat meningkatkan taraf ekonomi mereka. Bersesuaian dengan misi dan visi NEC ke arah menjadi hub keusahawanan zon utara dan menjadi pakar rujuk, pusat latihan dan agen pemasaran produk pengusaha di Perlis".

Dr Mohd Zahari Ismail, Pengarah PTSS pula berkata dalam ucapan aluannya, "Fungsi penubuhan NEC@PTSS adalah untuk memberikan pendedahan tentang dunia perniagaan kepada pelajar serta komuniti di sekitar Perlis. Bukan itu saja malah para pelajar dapat mengunakan platform ini untuk menjana pendapatan dengan mewujudkan kiosk perniagaan di sekitar politeknik dan menembusi pasaran di luar kampus". Menurut beliau lagi, "Sesuatu produk hanya akan berjaya sekiranya memiliki kapasiti pengguna yang ramai dan ianyanya hanya akan berlaku sekiranya seseorang usahawan atau peniaga memiliki ilmu pengetahuan dan kompetensi sebagai seorang pengusaha yang berjaya selaras dengan hasrat politeknik untuk memasarkan graduan yang holistik dan bercirikan keusahawanan".

Pada majlis yang sama, NEC@PTSS telah diberikan dana peruntukan awal sebanyak RM 30,000 daripada Jabatan Pendidikan Politeknik sebagai modal awal untuk memulakan operasinya. Dana tersebut telah disampaikan oleh Timbalan Ketua Pengarah (Strategik), JPP, Shabudin Man kepada Dr Mohd Zahari Ismail sendiri sebagai Pengarah PTSS. Turut serta dalam majlis yang telah diadakan ini ialah Timbalan Pengarah Akademik, Roseliza Dato’ Shaari, Ketua Unit Keusahawanan PTSS, Amyzah Ahmad, Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Pembangunan Pelajar, JPP, Mohd Nor Mazlan Ismail dan Pengarah-Pengarah Politeknik Zon Utara.

KEBOLEHPASARAN 90 PERATUS GRADUAN POLITEKNIK - Menarik Minat Pelajar Memohon Politeknik

Disediakan oleh: SABA #negaraku

"Kebolehpasaran pelajar Politeknik melepasi 90 peratus pada tahun 2016 merupakan antara faktor Politeknik menjadi pilihan pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dalam melanjutkan pelajaran kerana skil dan kemahiran merupakan teknik pembelajaran yang utama bagi keperluan industri kepada pelajar di masa hadapan", Dr Mohd Zahari Ismail, Pengarah Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin, Perlis berkata demikian ketika merasmikan Majlis Penutup Minggu Haluan Siswa Sesi Jun 2017 (MIHAS) yang berlangsung di Dewan Harumanis, PTSS baru-baru ini.

"Misi dan visi Politeknik adalah untuk menjadi institusi TVET dan melahirkan graduan yang seimbang dari segi teknikal, teori, pengetahuan dan kemahiran, serta melahirkan mahasiswa berprestasi unggul yang mampu menjadi pewaris negara di masa hadapan. Di Politeknik, pelajar akan diajar dari segi teori dan praktikal untuk dipraktikkan di luar. Pelajar harus sedar dengan dunia luar yang penuh dengan cabaran dan perlu dihadapi oleh mahasiswa dan mahasiswi sekalian selaras dengan negara maju 2020," katanya dalam ucapan penutup beliau dalam majlis berkenaan.

Seramai 826 penuntut memilih untuk melanjutkan pengajian peringkat diploma di Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin (PTSS), Perlis bagi sesi Jun 2017 daripada 1,105 tempat yang ditawarkan.

Menurut Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar, Mohd Ruslan Salikin berkata, "Penuntut diploma di PTSS boleh mengikuti 16 program yang ditawarkan daripada 6 jabatan iaitu Jabatan Kejuruteraan Mekanikal, Jabatan Kejuruteraan Elektrik, Jabatan Perdagangan, Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi, Jabatan Pelancongan dan Hospitaliti, dan Jabatan Rekabentuk dan Komunikasi Visual".

Menurut Mohd Ruslan lagi, "Kepada calon-calon yang masih lagi berminat untuk memasuki politeknik, mereka masih berpeluang membuat rayuan untuk kemasukan Sesi Jun 2017 bagi program seperti Diploma Kejuruteraan Mekanikal, Diploma Kejuruteraan Elektronik (Komputer), Diploma Elektronik (Komunikasi) dan Diploma Kejuruteraan Elektronik (Optoelektronik)". Katanya lagi, "Rayuan boleh dibuat melalui Portal Pengambilan Pelajar Politeknik, www.politeknik.edu.my sebelum 3 Julai 2017. Calon juga berpeluang untuk memohon bagi kemasukan Disember 2017 bagi 14 program yang ditawarkan di PTSS". Turut hadir dalam Penutup MIHAS ialah Timbalan Pengarah Sokongan Akademik, Jamazuki Othman dan Ahli Mesyuarat Pengurusan PTSS.

  1. Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri telah diadakan pada 26.07.2016 (Selasa) bertempat di Dewan Harumanis. Majlis ini dihadiri oleh seluruh warga kakitangan PTSS dan juga jemputan khas dari beberapa jabatan-jabatan kerajaan di nageri Perlis.

  1. Majlis persaraan pengarah PTSS, En. Sulong Bin Yahya yang berlangsung pada hari Isnin 10.10.2016 bertempat di Dewan Harumanis. Majlis ini dihadiri oleh seluruh warga kakitangan PTSS dan tetamu jemputan.
  2. Majlis persaraan kakitangan PTSS, Tn. Hj Abdul Nasir Bin Ibrahim (Ketua Jabatan Matematik,Sains dan Komputer), En. Ku Zambri Bin Ku Mahamud (Ketua Kerani) dan Pn Nor Nishah Bt Yahaya (Pengurus Kamsis). Majlis ini berlangsung di sebuah restoran di Padang Besar yang dihadiri oleh semua pegawai pengurusan PTSS.
  3. Kejohanan Sukan Muhibbah 2017 (sukan antara PTSS dengan UniMAP) yang berlangsung pada bulan April 2017. Sukan ini melibatkan kakitangan kedua-dua organisasi terlibat.
  4. Kejohanan Futsal antara jabatan dan unit Pertandingan Futsal Kelab Kebajikan PTSS 2017 yang melibatkan semua ahli kelab kebajikan PTSS berlangsung pada bulan Mei 2017.

SEJARAH PENUBUHAN KELAB

Kelab Kebajikan Kakitangan Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin telah ditubuhkan secara rasminya pada 19 Februari 2016 oleh jawatankuasa penaja yang diketuai oleh Tuan Haji Abdul Nasir bin Ibrahim. Kelab ini dikenali sebagai KEKiTA dan beralamat di Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin, Pauh Putra, 02600 Arau, Perlis untuk sebarang urusan surat menyurat. KEKiTA terbuka kepada semua kakitangan yang berkhidmat di PTSS. Yuran keahlian bagi menganggotai kelab adalah RM5 (Lima Ringgit) sebagai yuran keahlian dan RM24 (Dua Puluh Empat Ringgit) sebagai yuran tahunan.

 

MATLAMAT KELAB

  • Menjadi satu badan yang mewakili kakitangan di PTSS
  • Menjaga kebajikan kakitangan PTSS
  • Menggerakkan aktiviti riadah dalam kalangan kakitangan PTSS
  • Mengeratkan ukhwah di antara kakitangan PTSS
  • Menyebarkan penerangan dan maklumat mengenai kegiatan dan hal yang ada kaitan dengan kepentingan ahli

 

JAWATANKUASA KELAB

Jawatankuasa KEKiTA PTSS

 

CARTA ORGANISASI KELAB

Carta Organisasi KEKiTA PTSS

 

YURAN KELAB

  • Yuran keahlian = RM5.00 (dibayar sekali sahaja)
  • Yuran tahunan = RM60.00 (RM5.00 sebulan x 12 bulan)

 

SUMBANGAN TABUNG KEBAJIKAN KELAB

Kelab juga amat prihatin kepada kebajikan ahli-ahli kelab dengan membuat sumbangan berbentuk hadiah atau wang sempena peristiwa berikut:

  1. Hari lahir
  2. Perkahwinan ahli
  3. Kelahiran anak
  4. Musibah
  5. Rawatan
  6. Pertukaran
  7. Persaraan
  8. Kematian pasangan / ibu / bapa / anak
  9. Kematian ahli

 

AKTIVITI KELAB

Bil. Aktiviti
TAHUN 2016
1 Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri
  Info Aktiviti Tahun 2016
TAHUN 2017
1 Sumbangan sempena Majlis Persaraan Pengarah PTSS, En. Sulong Bin Yahya
2 Sumbangan sempena persaraan:
1) Tn. Haji Abdul Nasir bin Ibrahim (Ketua Jabatan Mathematik dan Sains)
2) En. Ku Zambri bin Ku Mahamud (Ketua Kerani)
3) Pn. Nor Nishah binti Yahaya (Penyelia Kamsis)
3 Sumbangan sempena Pertandingan Futsal Kelab Kebajikan PTSS 2017 antara jabatan dan unit
4 Agihan kad hari jadi setiap bulan kepada ahli
5 Sumbangan sempena persaraan Pn. Rashadah binti Hassan (PET)
6 Sumbangan kepada ahli
7 Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri
8 "Photobooth" sempena Majlis Konvokesyen ke-11 PTSS
  Info Aktiviti Tahun 2017
TAHUN 2018
1 Mesyuarat Agung Tahunan (tahun kewangan 2017)
2 Agihan kurma sempena Ramadhan
3 Agihan sampul raya
4 Agihan kad hari jadi setiap bulan kepada ahli
5 Sumbangan kepada ahli
6 Pelantikan Ahli Jawatankuasa Kelab bagi tahun 2018-2019
7 Tajaan "hamper" sempena Karnival Sukan PTSS
8 "Photobooth" sempena Majlis Konvokesyen ke-12 PTSS
9 Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri
TAHUN 2020
1 Majlis Selaut Kasih Semanis Kenangan

PENAFIAN

Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin (PTSS) adalah tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan mana-mana maklumat dari laman sesawang ini.

Dasar Privasi  •  Dasar Keselamatan

HUBUNGI KAMI

Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin
Pauh Putra, 02600 Arau, Perlis

Telefon : 604 988 6200

Faks : 604 988 6300

E-mel : info[at]ptss.edu.my